Bayi baru lahir
Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari
kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi
anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi
mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan
mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan
Tiga hingga enam bulan
Bayi boleh meniru bunyi percakapan
Empat hingga lapan bulan
Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga,
gu)
Lima hingga sembilan bulan
Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang
(contoh bababa, lalala)
Enam hingga 10 bulan
Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar
(emak, ayah, tak)
Lima hingga 10 bulan
Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak
hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya
Enam hingga sembilan bulan
Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi
arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya
meminta dia memegang objek atau tangan anda.
Tujuh hingga
11 bulan
bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk
dengan tangan
Tujuh hingga 12 bulan
Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau
ayah dengan betul
Sembilan hingga 14 bulan
Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan
(selain emak, ayah)
10 hingga 15 bulan
Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang
dikehendakinya
11 hingga 20 bulan
Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam
perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)
14 hingga 21 bulan
Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan
pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’).
14 hingga 18
bulan
dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan
meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan
16 hingga 20 bulan
Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu
perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
18 hingga 22 bulan
Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau
ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’
16 hingga 24 bulan
Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50
patah perkataan
19 hingga 26 bulan
Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala
terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila
berumur 30 bulan
24 bulan
Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu
yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan
24 hingga 32 bulan
Boleh menamakan empat gambar
26 hingga 32 bulan
Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah
27 hingga 34 bulan
Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya
‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’
29 hingga 34 bulan
Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua
objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼
tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun
Tiga tahun
Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang
bertemu kanak-kanak ini.
Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat
tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai
600 perkataan
Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu
meningkatkan percakapan anak dengan:
Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh
mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek
Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan
atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan
si kecil dan bukan memberi arahan
Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya
Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi
bagi memanjangkan ayat berkenaan
Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa
untuk anak menghabiskan ayatnya
Jangan paksa anak bercakap.
~ ibuadambatrisya ~
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon