SEMAKIN ramai
ibu bapa di Malaysia
mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme.
Menurut
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150
kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan
47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.
Umur
anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an.
Kadangkala,
bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan ibu bapa dan ahli
keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat gara-gara menjaga pesakit
tersebut.
Sifat
sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik
buat pesakit autisme.
Ingatlah
bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam
surah Al-Baqarah ayat 153:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat,
sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."
Penyakit
autisme mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang
terjejas. Pesakit menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum iaitu:
Masalah
tidak mampu bersosial
Ini
simptom utama penyakit autisme. Pesakit tidak tahu bergaul dengan orang
sekeliling secara normal. Mereka selalunya tidak mempunyai sifat empati
terhadap orang lain.Mereka tidak mengendahkan orang lain dan seperti termenung
seorang diri.
Kesukaran
berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain
Mereka
selalunya lambat bercakap dan apabila cuba
untuk berkomunikasi dengan orang lain, orang lain sukar memahami apa yang
mereka cuba
sampaikan.
Mereka
kadangkala bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi. Malah, ada di antara
pesakit autisme lebih gemar menggunakan bahasa isyarat tangan untuk
menyampaikan hasrat di hati kepada ibu bapa.
Masalah
tingkah laku dan pemikiran
Sebagai
contoh, ada pesakit kami yang hobinya membawa ranting pokok ke mana dia pergi
dan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba mengambil ranting tersebut
dari tangannya.
Tanda-tanda
penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik
(jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.
Sehingga
hari ini, dunia perubatan moden masih belum dapat mengesan secara pasti punca
sebenar penyakit ini. Mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh
meningkatkan risiko seseorang mendapat anak autisme.
Selain
itu, sangat penting buat semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk
memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca daripada asuhan atau penjagaan
yang tidak baik semasa anak masih bayi.
Dalam
pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisme,
terdapat kes melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya saka yang
menyebabkan masalah autisme.
Gangguan
saka selalunya diwarisi melalui keturunan keluarga terdahulu di mana makhluk
halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit menyebabkan berlakunya autisme.
Sukar
untuk perubatan moden membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus dalam
anak-anak autisme ini tetapi sudah ramai pesakit menunjukkan perubahan positif
selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.
- Anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan.
- Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
- Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
- Gagal memberi respons apabila nama dipanggil.
- Suka menyendiri.
- Suka menyusun objek mengikut susunan tersendiri.
Senarai
di atas hanyalah sebahagian daripada tanda awal masalah autisme dan sebarang
diagnosis akhir haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.
Objektif
utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan
kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit agar mampu berdikari dalam hampir
semua aspek kehidupan.
Buat
masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisme. Selalunya beberapa
jenis rawatan perlu diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisme.
Contoh
rawatan yang selalu diguna pakai adalah senaman fisioterapi, terapi kognitif
dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli
keluarga terutama ibu bapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam
menghadapi kerenah anak autisme.
Selain
itu, guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan
penting memastikan kanak-kanak autisme mendapat pendidikan mengikut cara sesuai
dengan keperluan masalah mereka.
Di
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat
berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat
tersebut adalah:
1.
Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2.
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
3.
Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
4.
Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
5.
Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara
mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca
surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada malam dan surah kedua iaitu
surah Al-Hijr tiga kali waktu siang.
Amalkan
setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali,
keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca
dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah
berikutnya.
Jangan
anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir.
Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
Hasil
pengalaman kami merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif
dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.
Yang
penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh
berlaku dengan izin Allah.
Kita
harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah
tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah
kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.

2 Coretan
Click here for CoretanPerkongsian yang menarik mengenai autisme
Replyterima kasih atas info yang diberikan. sangat bermanfaat :)
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon