Bermain Boleh Mengembangkan Deria Ransangan Anak Kita



Assalamualaikum dan selamat petang...... Kali ni  IBUADAMBATRISYA nak kongsi sikit ilmu untuk ibu2 bapa2 mengenai perkembangan deria ransangan anak2 kita....yer lah...bila dah ada anak ni kita mesti nak yg terbaik buat anak kita kan.... so, jom terjah...hahaha..........

BAYI


Bayi menganggap anda sebagai rakan sepermainannya yang sangat penting. Jika semenjak dilahirkan penjaga yang meluangkan kebanyakan masa dengan anak anda maka penjaga adalah orang yang dia sangat harapkan dan ingin bermain bersamanya. Dengan anda dia akan bermain dan menyelami perkara-perkara baru. Kira-kira usia 9-12 bulan, dia akan mengharapkan anda untuk memberi tunjuk ajar tentang apa yang patut dan selamat untuk dicubanya, selalunya dia akan membuat sekilas pandangan ke arah anda untuk mengetahui ekspresi wajah anda.

ANAK KECIL

Dia akan akan lebih suka bermain dengan kanak-kanak lain apabila daya fokus anak anda terhadap dunia berkembang. Setelah dia mula memahami yang kanak-kanak lain juga bebas berkawan maka anak kecil anda akan menjejakkan kakinya ke dalam dunia rakan-rakan. Anak anda mahu meluangkan lebih banyak masa bermain dengan kanak-kanak lain di antara usia ini dan usia pra sekolah. Bukan bermaksud anak anda tidak mahu bermain dengan anda, malah dia akan bermain dengan anda sepanjang usia kanak-kanaknya.

Bermain pada usia ini adalah mengenai permulaan penerokaan hubungan dengan orang lain. Anda mungkin perasan yang anak kecil anda bermain sebelah-menyebelah dengan kanak-kanak lain, tetapi tidak selalu bermain bersama-sama dengan mereka ketika pada usia kira-kira 14 bulan. Ianya adalah cukup normal bagi mereka dan dipanggil permainan secara sejajar. Anak kecil anda akan mula bermain dengan kanak-kanak lain setelah mencapai usia tiga tahun.Semua ini adalah sebahagian daripada penerokaan terhadap dunia dan perkembangan harga diri serta keyakinan sepanjang mereka membesar. Mungkin anda akan diberitahui oleh anak kecil anda bahawa dia hanya suka bermain dengan seorang atau dua orang rakan tertentu . Mungkin juga dia tidak mengetahui nuansa suatu perhubungan atau perkongsian tetapi dia sebenarnya di dalam usaha untuk mencari jawapan bagaimana semua ini berfungsi.

PRA SEKOLAH

Anak prasekolah anda ingin bermain dengan kanak-kanak lain. Dia akan berkeinginan untuk bermain dengan kawan-kawannya seperti sebanyak mana dia ingin bermain dengan anda apabila anak anda berusia empat atau lima tahun.Bermain merungkai hubungan social dunia bagi anak anda, satu perjalanan yang berterusan sehinggalah ke usia dewasa. Anak anda belajar menyesuaikan diri dengan teman sebayanya maka dengan cara bermainlah penyesuaian ini berlaku. Beberapa perkembangan peribadi yang sangat penting berlaku dan mula mengetahui mengenai dirinya.

Dia membina “konsep diri” dimana dia menyesuaikan diri sebagai kesan daripada permainan dan bermain dengan kanak-kanak lain.
Kajian mengesyorkan semasa tempoh prasekolah blok-blok binaan harga diri seumur hidup seseorang terbina ketika tempoh social dan perkembangan peribadi.

Satu petanda kepada satu gangguan perkembangan yang serius adalah kekurangan bermain. Pertimbangkan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan jika :

• Bayi anda tidak menumpukan perhatian dalam permainan interaktif (seperti peek-a-boo)

• Anak kecil anda hanya mempunyai kecenderungan yang selektif terhadap alat permainan, atau tidak menggunakan alat permainan dalam cara yang berfungsi (sebagai contoh, dia hanya berminat memusingkan roda kereta mainannya daripada memandunya di sekeliling bilik)

• Anak pra sekolah anda tidak berminat bermain dengan kanak-kanak lain atau berpura-pura bermain.

KANAK-KANAK BERSEKOLAH

Hubungan rakan sebaya adalah satu keutamaan bagi kanak-kanak yang bersekolah. Anda masih lagi menjadi teman bermain yang penting, tetapi pada usia ini anak anda sudah tentu sekali berharap untuk bermain dengan kanak-kanak lain seperti sekerap mana dia bermain bersama anda. Peralihan ini akan berterusan sehinggalah dia menjadi matang. Perhubungan dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya adalah merupakan fokus utama tetapi anda akan masih menjadi tempat dia mendapatkan sokongan dan pertolongan apabila dia memerlukannya. Anak anda ingin menyesuaikan diri dan memahami bagaimana dia akan menyesuaikan diri dengan dunia yang luas ini dan bermain adalah sekali lagi satu pemangkin bagi mereka meneroka setiap sudut kehidupan.

Anda perlu memerlukan penerokaan sudut kehidupan itu bersama-sama dengan anak anda sama ada anak anda itu baru lahir atau memasuki alam persekolahan atau di antara umur-umur tersebut.





Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment