MenguNdi oh MengUndi

Alhamdulillah....masih bernafas di bumi Allah ini.... Hai, dah lama rasanya tak update blog ni....busy skit la.....kat opis ngan minggu audit nya...then, partner pula cuti kahwin....so, bagi peluanglah dia berhoneymoon...hehehe.tp kadang2 tu terpaksa gak kacau dia,sorry ek.... Kepada En. Shojek  & Siti ; Selamat Pengantin Baru...Moga bahagia hingga akhir hayat... Sorry, akak tak dapat menghadirkan diri ke majlis kerana.......( seperti yg dah dimaklumkan...hehehe)... Apapun Alhamdulillah, majlis u all berdua dah selesai dengan jayanya.....



Ok lah, kita kembali semula ke tajuk yg sepatutnya... Seperti yg kita tahu, tengah heboh sana sini about PRU 13. Aku pun nak heboh gak tentang PRU 13 ni...tapi tentang pengundi2 yg tersangat-sangat la fanatiknya...kalau kita pergi ke mana2 jer,confirm kiri kanan jalan ada jer pelbagai jenis bendera...biru lah, hijau lah, putihlah,merah lah......colourful....tp yg tak bestnya ,jgn lah korang pasang bendera tu rendah sangat...kalau yg tinggi xpe la,tak menyusahkan orang..ni pasang sama tinggi kalau kita berdiri kat atas jalan...cmner lah kita nak drive,lebih2 lg kalau kt simpang...nak toleh kiri kanan pun susah,tak nampuk makhluk Tuhan...kang tak pasai2 terlanggar anak orang ke,bini orang ker,bapak orang ker....kan susah...kalau anak ayam or anak semut tak pe lah lg.....huh! xtau aku nak ghoyak cmner lg.memang menyusahkan orang sangat!!!!


Kes lain pulak, bila time nak mengundi ni , kalau dulu minum kat kdai kopi boleh jer duduk satu meja.tapi sekarang tak boleh dah coz parti yang berbeza..aku pun tak tau apa kaitan nya minum  ngan parti politik. mengundi kan hak masing2,so senyap jer lah.tak payah nak kecoh2 aku undi ini,aku undi itu.Tapi bila dah lepas mengundi boleh pulak duduk satu meja,siap dibelanja lg....manusia...manusia....




Ha!...kecoh2 tentang mengundi ni korang dah daftar ke? 5 Mei ni aku mengundi buat kali  ke 3. Pengundi tegar lah katakan. first mengundi, aku pergi kat tempat mengundi. Second ,aku undi pos coz aku jadi kerani mengundi (sampai malam...nasib baik time tu bujang lagi). Kali ke 3 ni aku pergi mengundi lah coz malas nak jadi kerani tapi terpaksa lah my hubby jaga buahtangan2 aku....tp aku ni pengundi tegar kan, walau apapun tetap akan pergi mengundi.....kita sebagai rakyat ,wajib mengundi untuk memilih pemerintah negara kita.....




MARILAH MENGUNDI ~~~ UNDILAH....... ~~~ UNDI ANDA ADALAH  RAHSIA!!!



Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment