Destinasi Rombongan Tadika Kemas & Taska Permata Felcra Seberang Perak

Assalamualaikum

Hai ...lama tak bersua....(ada ke yg rindu sy ni)...huhu...
n3 kali ni nak story sikit destinasi rombongan Taska Azzalea sabtu (7.9.13) lepas...
kami pergi semuanya 3 biji bas. sebiji bas for Taska dan 2 biji bas for Tadika..ikut jadual, berkumpul pukul 6 pg, bertolak kul 6.20 pg.
tp biasala ,org kata janji melayu (kenapa tak cina ke, india ke)...last2 kul 7.10 pg baru bertolak..kul 5.00 pg my Mr. Patrick gi hantar Adam kat umah my MIL. kesian Adam, pg2 lg dah berembun...malas nak bawa Adam sebab Azzalea sorang pun kena jaga sampai 2 org, risau dia mengamuk,ha sudahhh.......tak pe lah bila dah besar sikit , nanti ibu dgn ayah bw Adam sekali yer....


kakak keboringan duduk dlm bas


First destinasi ke Pusat Sains. kat situ kami sampai dalam kul 11 pg. mula masuk Azzalea ok la coz ada akuarium. bila masuk seterusnya mula dia boring dgn pemandangan di dlmnya....sampai kul 12.15 tghari kami check out then menuju ke muzium negara pulak.


Pusat Sains Negara

dalam PSN

dalam PSN

dalam PSN

dalam PSN

dalam PSN


selesai sudah melawat PSN. bergambar beramai-ramai di kaki tangga PSN


selesai sudah melawat PSN. bergambar beramai-ramai di kaki tangga PSN


sampai sana budak2 Tadika masuk ke Muzium kami budak2 Taska tak masuk..cuma lepak kat luar pintu masuk jer...yer la, risau gak budak2 bawak masuk muzium nanti ada yg demam lak...so, kami tunggu jer la kat luar sampai mereka habis melawat...



Muzium Negara

Muzium Negara




then kami terus menuju ke Masjjid Negara untuk solat dan makan tengahari...Azzalea suka la coz menu tghari tu makanan favourite dia .ayam kari. mulanya sy  tak tau favourite dia ayam masak kari.masa rombongan tu baru cikgu dia bgtau...pasni ibu kena masak ayam kari la pulak.sblm ni masak taucu....

lepas mkn aku pergi solat, azzalea tinggal dgn ayah dia..kami terpaksa  la bergilir2 untuk solat..settle semua, dlm pukul 3 ptg kami bertolak ke zoo negara pulak. sampai sana dlam pukul 3.50 ptg..zoo tutup pukul 5 ptg...ayoyo cmner tu...tak best la ,sekejap jer dpt tgk binatang2. pukul 4.15 baru kami boleh masuk. my Mr. Patrick terus gi beratur utk beli tiket naik kete...mula ingat tak larat nak jalan. actually separuh jalan jer kami naik kete, pastu terus jalan jer...puas skit tgk haiwan2 tu..Azzalea pun seronok sgt dpt tengok elephant, tiger ,bird ,snake (kami gi diorang dah nak simpan), crocodile etc.kalau naik kete terhad dia nak tengok....tepat kul 5.00 ptg, kami kuar dr zoo.


zoo negara


suka kakak dpt tengok crocodile..






destinasi seterusnya dlm jadual tulis 'shopping'...rupa2 nya ker jalan TAR. on the way ke situ, hujan turun.dlm hati berkata, takkan la hujan2 cmni nak gi shopping. dah la bawak budak2.tp dh ada dlm jadual so kena ikut lah....sampai sana ,mulanya Azzalea ok. follow ibu gi pilih2 baju.lama2 dia ckp nak makan. yer la ,dlm hujan2 cmtu,pastu penat pulak melwat-lawat td,lapar la ...nasib baik belakang tu ada pasar malam.so ,ayah belikan dia nasi.terlupa la pulak ayah nak beli air.rupanya rendang ayam yg dia makan tu pedas.apa lagi mengamuk sakan la dia kepedasan mintak air.so, berlari lah ayahnya membeli air...sementara nak tunggu ayah beli air, dia mengamuk sampai terkena tudung kat kedai tu...apa lagi marah la penjual tudung tu..habis tudung tu katanya..mat bangla pulak tu... alahai berlagaknya.bukan cacat pun tudung tu. kalau cacat pun sy bayar la.sy ambik semua tudung tu...kecoh sgt...time Azzalea mengamuk tu semua orang tengok termasuk yg seangkatan naik bas dgn sy (dlm hati berkata: satu hari nanti mgkin korang akan rasa dan dpt anak mcm saya)..jahat tak...jahat tak...hehe...

sy tak malu mempunyai anak mcm tu, malah bangga lg ada.....tiba2, ayah nya sampai.lega hati ku...rupanya dia mencari kami tak jumpa...ayah terus dukung dia dan cuba pujuk tp tak makan saman. abis ayahnya dipukul pastu ibunya pulak jd mangsa.tp ibunya still boleh bersabar lg, ayahnya yg tak boleh sabar skit terus la kena cubit...tp tak makan saman, still mengamuk lg...lastly, dia nak ibunya dukung,pastu sy peluk dia,usap2 kepalanya barulah dia ok..pak cik bas pulak lambat bukak pintu bas. bas lain semua dah naik, bas kitaorang jer belum buka lg...rupanya pakcik tu gi makan.

dlm bas Azzalea sambung makan balik dan terus tido....dalam kul 11.30 mlm dia terkejut dan terus mengamuk coz dia tido bukan dalam bilik kat umah dia...cikgu pujuk pun tak boleh....my MIL pulak call bgtau Adam tak mahu tidor..biar betol,pukul 11.30 mlm tak tido lg...my MIL bgtau Adam asyik sebut mama jer...tu la sebelum ni tak pernah aku tinggalkan dia mlm2.lepas my MIL call Azzalea still menangis lagi.pastu dia suruh aku peluk dia, terus dia diam... Alhamdulillah, sampai ke Felcra Seb. Perak dia tido jer....fuhh...lega...

sampai umah kul 1 pg. 2 biji bas lg kul 12 mlm dah sampai.nak gi ambik Adam dah tgh malam.my hubby call my MIL.my MIL ckp Adam baru nak tido.so, pg esok nya baru hubby ambik.. tp malam tu tak boleh nak tidor ,asyik teringatkan Adam sambil mengalir air mata....pg tu, smpai jer Adam kt rumah , dia tak nak dekat  ibunya..lama jugak pujuk baru nia nak....huhu kesian Adam kena tinggal...






notabukulali : pas ni Adam tak kena tinggal dah.....untuk Azzalea, ibu takkan pernah mengalah dengan sikap kakak mcmtu...ibu still akan bw kakak berjalan cuma beli baju raya jer lah kena tinggal..hehe...






Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment