Hari kedua - chicken pox

6 Nov 2013
~*~*~*~*~

Bila dh tak jadi nak pegi opis, so EA pun bersiap2 la nak gi klinik dgn En Patrikcs..smpai klinik...perghhh...ramai org. so EA tunggu dlm kereta sementara tunggu En Patrikcs gi daftar... EA gi klinik gov. jer...confirm dpt MC kan..hehe.. tak lama pas tu En Patrikcs dtg dan suruh EA masuk klinik...then nombor giliran EA dipanggil. jumpa MA, ingatkan jumpa Doktor....MA  tanya kenapa?. EA boleh jwb cam gini..."chicken pox kot"...gelak MA tu....

Sambil MA tu tulis apa ntah kat kad EA, dia tranya ,"akak kerja mana?"(mcm tau2 jer EA kerja gov. ntah2 muka EA dah famous kot asyik berulang alik ke klinik jer hihihihi). "Pej Daerah dan Tanah Hilir Perak", jawab EA selamba... pastu MA tu suruh jumpa doktor untuk MC..la....kalau td terus jer jumpa doktor kan senang.tak payah banyak kejer....

Masuk bilik doktor, dia bg MC sampai hari Jumaat."kalau Isnin tak ok lg, dtg jumpa saya balik", kata doktor. dalam hati EA (tak boleh ker doktor bg MC terus sampai minggu depan....hahaha)amboi nak MC lama nampak....ishhh...tak nak EA. Klau MC badan tak sakit seronok gak. boleh gomol2 ngan Dak Adam dan Dak Azzalea..ni bdn sakit....eee...nak cepat sembuh... pastu tanya doktor kenapa telinga saya dua2 bengkak kat depan dgn belakang..doktor kata tu kelenjar.mmg time demam ni dia bengkak...ohhh...lega rasa hati...ingatkan chicken pox kt dalam tu tak mahu keluar....mana tak nya sampai muka EA jadi selebar talam tu haaa... dh la muka ni mmg gebu..hahaha..Tq dok.

sampai umah terus mengadap pc. almaklumlah, demam tak rasa lg...tp td Dok ckp EA demam...tak pe lah asalkan masih larat buat kerja.. Dlm hati tak habis2 berkata,"kalau aku gi opis dan buat kerja pun tak per"... bila masa menunjukkan pukul 5.30 ptg, En Patrikcs tanya nak ambik Dak Adam ker? terus meleleh air mata EA. naluri seorang Ibu..la ...ni yg malas nak tanya ni...sikit2 meleleh, kata En Patrikcs.dah tu nak buat camner.semulajadi dia keluar tanpa diduga....bila EA dgn En Patrikcs discuss, kami buat keputusan Dak Adam terus tinggal sana.....tp...... En Patrikcs akan balik tido sana waktu malam.

bila malam menjelma,baru lah badan terasa panas..muka panas sampai meleleh air mata. dah pulak tu En Patrikcs balik umah MIL coz Dak Adam kena dok sana sampai EA sembuh seperti yg dibincangkan ptg td....takut pulak berjangkit kat dia..kesian dia...so, malam td En. Patrikcs tido kat umah MIL nak teman kan DAk Adam kat sana...malam baru terasa panas nya bdn dan rasa lemah sgt....kepala pun sakit tak boleh nak baring sebab dah banyak tumbuh kat kepala. mlm td EA tido dgn Dak Azzalea jer kat dlm bilik.Dak Azzalea pembawa virus tak per tidor ngan dia.sebab dia mungkin tak dijangkiti lagi kot...agak nya la...kalau dijangkiti semula cam ner???Insya Allah tak kot...

Hari ni En. Patrikcs cuti, tak pela...dia boleh sapukan ubat,buat air dr daun semambu untuk EA mandi..tp esok camner?? camner EA nak buat sendiri. En Patrikcs dah start kejer huhu.... Tengok lah esok cmner????


Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment