Solat Sunat Dhuha - cara ringkas mengerjakannya

Jom kita ber 'Dhuha'


Fadhilat Solat Sunat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

·         Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

·         Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

·         Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadith lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).



Solat sunat Dhuha boleh dikerjakan sama ada 2 atau 4 atau 8 hinggalah 12 rakaat.
Solat sunat ini afdal dilakukan ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya iaitu antara pukul 8 pg hingga 11 pg.

Cara ringkas mengerjakannya ( 2 rakaat )

Rakaat Pertama
* Niat "sahaja aku sembahyang solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
* Baca Al-fatihah hingga akhir
* Surah As-Syams (kalau tak mampu, surah pendek pun tak pe)



Rakaat Kedua
* Baca Al-fatihah hingga akhir
* Surah Ad-Dhuha (kalau tak mampu, surah pendek pun tak pe)
* Tahiyyat akhir dan beri salam




Doa Solat Sunat Dhuha





SELAMAT BERAMAL
~*~*~*~*~*~*~*~*~



Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment