N3 kali ni EA nak share sikit tentang amalan or perkara2 sunat yg dilakukan apabila menyambut kelahiran bayi kita. bg yg dah ada anak maybe dah tahu amalan2 ni.. bg yg tak tahu dan yg tengah dok google, boleh la baca n3 ni ekkk.....
Berikut adalah amalan-amalan sunat tanda
kesyukuran menyambut kelahiran bayi :
1. Azan dan iqamat
• Anak lelaki di
azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
• Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu
Sunni dari Hasan binAli: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia
melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri,
nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu
kanak-kanak)”
2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan
ayat 36 surah al-Imran.
Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari
daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta
ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan
kalimah mulia dalam hati.
3. Memberi nama yang baik
Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung
kait dengan Islam atau pengertian yang indah.Tegas Rasulullah diriwayat oleh
Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan
Abdul Rahman”
4. Tahnik (Belah Mulut)
Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan
disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah
menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
5. Cukur rambut
■Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi
berusia 7 hari.
■Berat rambut ditimbang sama dengan nilai
emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
■Bercukur boleh melebatkan rambut,
menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan,
pendengaran dan deria bau).
■Adalah dilarang membuat jambul.
■Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah
bin Omar r.a berkata (hadisriwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah
melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
6. Aqiqah
■Sunat melakukan aqiqah ketika bayi
berusia 7 hari.Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
(hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya.
Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh
dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
■Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor
kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri
sampai umur seperti untuk korban).Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat
Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing
yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
■Daging aqiqah digalakkan di masak gulai
manis dan tulangnya tidak dipatahkan.Sabda Rasululah (hadis riwayat
al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama
besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara
berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”.
Notabukulali : sharing is caring

1 Coretan:
Click here for CoretanNice sharing Efa ^-^
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon