Apa nak buat bila dapat GAJI?


Hi

 Bagi yg kerja kerajaan ,this week gaji kan..bg yg swasta selalunya awal bulan.
Sempena hari terima gaji untuk korang EA nak share sikit bagaimana cara nak bg duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit…. N3 ni untuk panduan bersama termasuk lah utk EA jugak….


Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2


Semoga ia akan memberi manfaat kpd kita semua….




Notabukulali : jom cuba n amalkan…




Previous
Next Post »

3 Coretan

Click here for Coretan
13 August, 2015 ×

setuju dengan Efa... walaupon memberi sedikit, insyaa Allah, rezeki tu takkan surut.terutamanya bila bersedekah

Reply
avatar
Efa Othman
admin
14 August, 2015 ×

Ye...betul tu...

Reply
avatar
Efa Othman
admin
14 August, 2015 ×

Ye...betul tu...

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment