EA nak share mengenai tentang bahayanya fridge magnet(fm) yg kita letak kat peti sejuk. EA dpt info ni dr Facebook. tak tahu lah setakat mana kesahihannya... tp bila EA terbaca jer info ni, terus EA buang segala bentuk FM yg ada dekat fridge EA....org kata berwaspada... EA bukanlah pengumpul tegar..tp ada lah sikit2...
Satu kajian dari
Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet
cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.
Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran
dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran
elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.
Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula
merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari
setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada
dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera
makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan.
Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan
sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun
belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air
tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi
akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani
sebarang rawatan lagi.
Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi
mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan
kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif,
insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan
sel yang aktif ini.
Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh
Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan
satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam
lemah, musuh Islam akan menang.
Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton
Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada
dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti
sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti
sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet
yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.
Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus
yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian
sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain.
Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak
boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam
peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya
ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh
dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.
Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan
datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat
yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet
yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah
SWT jua.
sumber : Facebook
Notabukulali ; cegah sebelum parah.........

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon