Daging Goreng Halia dan Tomyam Campur

assalam....
korang dah lunch ke ?
aku belum lg coz nak settle kan dulu n3 ni...
today aku masak tomyam campur, daging goreng halia dan ikan kembung goreng
tomyam campur ni permintaan dr anak gadisku...hikhikhik
resepi tomyam ni ikut selera aku sendiri...


tomyam campur

bahan2

#  isi ayam 
#  udang 
#  sotong
#  bunga kobis
#  lobak merah
#  bawang besar
#  bawang putih
#  halia
#  serai
#  tomato
#  daun limau purut 
#  air perahan limau nipis
#  perencah tomyam (ikut suka...aku pilih jenama adabi)

(bahan2 di atas ,sukatan ikut citarasa sendiri yer)

cara-cara 


#  masukkan air ke dalam periuk bersama perencah tomyam dan bawang besar,bawang putih serta halia yg telah dihiris
#  kemudian masukkan juga ayam,sotong dan udang yg telah dipotong.guna udang yg telah  direbus berasingan kerana air reusan udang yg manis boleh menjejaskan rasa tomyam. tapi terpulanglah kepada mereka yg ingin merebusnya bersama bahan2 lain
#  kacau dan biarkan bahan2 tersebut sehingga ia menjadi empuk.
#  masukkan bunga kobis dan lobak merah serta serai dan daun limau purut sehingga ia mendidih.
#  kemudian baru masukkan tomato dan perahan air limau nipis serta garam
#  biarkan selama 5 minit kemudian bolehlah dihidangkan....


buka peti ais tengok ada pulak daging baki 2 hari lepas
so google punya google terjumpa lah resepi daging goreng halia dari cida de'Nuanza
marvelous lah daging goreng halia ni
tq cida de'Nuanza atas resepi ni


daging goreng halia

bahan2

daging (rebus dahulu hingga empuk)
sos tiram
minyak bijan
kicap cair
serbuk lada sulah

( perap semua bahan di atas selama 1/2 jam)

bahan2 hiris

bawang besar
bawang putih
halia
daun bawang (aku tak letak)
cili merah (buang biji sebelum dihiris)

cara2

panaskan minyak
tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau
masukkan daging yg diperap tadi
masukkan sedikit air (sikit jer)
bila daging dah masak,masukkan cili dan daun bawang
siap untuk dihidangkan

(tak perlu letak garam sebab bahan perapan dah masin)

* bahan2 diatas, sukatan ikut citarasa masing2

Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment