Cerita Hari Ini dan Semalam

Assalam


hai all.....dah lunch tghari ni?...aku belum lg tp dah siap masak...

apa menu korang tghari ni? sure delicious kan....mana yg anak sekolah berasrama, semestinya ptg ni menghantar anak ke asrama kan...cuti sekolah dah abiskan. cepat je masa berlalu.


semalam anak dara mintak aku masak. so, aku bukak fridge tgk ada ayam...apa lg hati terus terdetik nak buat ayam masak lemak cili api... before this, aku tak pernah masak ayam lemak cili padi. bukan nya aku malas masak, tp kalau ayam yg di masak tanpa digoreng, en patrick lemah sikit..tp semalam aku buat gak la demi memenuhi permintaan anak gadisku.



Resepi sendiri je. campak je mana yg patut..hehehe...

gambar aku malas nak snap la.tak tau lak nape sejak akhir2 ni bila masak aku malas nak snap.
sorry ye....


Ayam Masak Lemak Cili Padi



~ 7 ketul ayam

~ 2 biji besar kentang
~ 2 btg serai
~ sehelai daun kunyit
~ 2 keping asam keping
~ 4 biji cili padi( tak potong kerana anak gadis tak nak pedas)
~ sedikit kunyit serbuk
~ santan
~ garam dan gula secukup rasa
~ air jika perlu


bahan kisar :



~ 1 iji besar bawang merah

~ 3 ulas bawang putih
~ sedikit halia


Cara membuatnya :



~ masukkan ayam ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar, serbuk kunyit dan serai yg telah dititik. kacau supaya sebati dan biarkan hingga ayam menjadi kecut

~  masukkan kentang yg telah dipotong sehingga empuk kemudian masukkan asam keping. biarkan ia mendidih.
~ kemudian masukkan santan dan cili padi serta garam dan gula secukup rasa dan kacau.jika kuah kurang tambahkan sedikit air
~ akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau sehingga ia mendidih dengan api yg kecil. kacau selalu
~ tutup api bila rasa dah ok.
~ selamat mencuba!!!


pastu tgk pulak ada sebiji nenas abang aku bg. dia beli masa karnival MAHA kat T. Intan tempoh hari.. nenas nya sedap dan manis...katanya nenas madu... en patrick kata buat 'jelatah' je la. so, aku yg tak banyak songeh terus suruh en patrick beli timun. orang bandar panggil acat timun dan nenas. betul ke? aku pun tak tau..resepi jelatah pun main campak2 jer...



Jelatah Timun dgn Nenas



~ 1/2 biji nenas dipotong

~ 1/2 biji timun dihiris nipis
~ 1 biji bawang besar di potong
~ 1 biji lada besar di hiris nipis
~ sedikit sos cili
~ garam dan gula secukup rasa


Cara:



~ masukkan nenas, timun, bawang besar, lada besar, sos dan garam serta gula secukup rasa ke dalan bekas.

~ gaul rata semua sekali bahan -bahan tersebut
~ rasa dan sekiranya ok, siap untuk dihidang.... selamat mencuba!!!


hahaha simple je resepi aku ni.... tp alhamdulillah habis semuanya. en patrick yg tak minat makan ayam masak lemak cili padi pun jadi minat...tu la penangan masakan air tangan seorang isteri dan ibu. sedap atau tak tak penting .yg penting air tangan kita tu kan...



hari ni pulak ikan masak lemak tempoyak request dr anak dara aku. dr petang semalam dia dh mintak. dia kata bila ibu nak masak tempoyak. aku ckp esok la ye...dia kata ok. pg time nak masak aku tanya dia kakak nak masak tempoyak ke? dia kata tak nak ,nak masak acar(taucu) pulak. ha ..sudah...aku tanya dia sekali lg nak confirmkan..kakak nak masak acar ke tempoyak?...dia kata tempoyak lah ibu...pulak dah. confius aku...aku tanya sekali lg..betul ke kakak nak tempoyak ni??  betul lah ibu, jawab nya... so, aku pun masaklah ikan masak lemak tempoyak... kalau dia nak masak acar td pun aku tak kisah, coz bahan2 masak acar (taucu) sentiasa ada.. sebab tu pun salah satu favourite dia....


Ikan Masak Lemak Tempoyak

~ 5 ekor ikan kembong
~ 1 mangkuk kecil tempoyak
~ 1 batang serai di titik
~ santan
~ garam dan gula secukup rasa

bahan kisar : 

~ 1/2 biji bawang besar
~ 2 batang serai
~ 1 biji lada besar/merah

cara :

~ masukkan ikan, tempoyak,serbuk kunyit dan serai yg dititik bersama dgn bahan kisar ke dalam periuk.kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
~ kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula. kacau dan biarkan seketika sehingga ia mendidih dgn api yg kecil.
~ tutup api dan siap utk di makan.
~ selamat mencuba!!!

utk menu sayur pulak en patrick beli kangkung. dia request kangkung goreng belacan.
resepi tak yah lah kot... senang jer kan..

******************************
petang semalam pulak si kakak nak mandi kolam. bukan kolam yg kat hotel tu. kolam yg dibeli tu jer..so, utk tidak menghampakan si kakak dan si adik, en patrick bawa mereka mandi kolam kat depan rumah je...hahaha..mudahkan...



Previous
Next Post »

2 Coretan

Click here for Coretan
azuin arifin
admin
31 March, 2014 ×

Fullamak. Azzalea makan tempoyak ye kak. Terernya dia. Camtu la anak jati perak.

Reply
avatar
Efa Anuar
admin
02 April, 2014 ×

dah terlebih anak jati...siap ikut ayah dia masuk bendang ngan kebun lg.....hehehe

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment