Assalamualaikum
hari ini adalah hari israk dan mikraj.entry kali ni aku nak share sikit mengenai peristiwa israk dan mikraj kat korang semua...
Peristiwa
Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun
ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang
selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh
ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun,
setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.
Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa
saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti
Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn
Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga
berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah
Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al
Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan
selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi
kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda
menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid
Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini.
Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas
peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke
Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di
suatu tempat.
Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat
persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit
Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya
ialah Nabi Adam,Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda
ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad
memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya
diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari
bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu
dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi
melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar
di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah'
untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah
dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu
susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi
telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi
Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa
luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana
menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat
dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang
tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya.
Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah
dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai
petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada
Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam
perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku
'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983:
53), Nabi Muhammad didampingi
Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor
haiwan yang disebut 'Buraq'.
Beberapa
peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan
pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi
Muhammad s.a.w. serta
menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
- Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
- Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
- Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam
perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Namun
yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu
dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang
harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon