Kelebihan Surah Al-Kahfi

Salam Jumaat

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya. Membaca al-Quran dinilai sebagai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya. Kepada wanita yang di dalam haid/nifas tidak boleh memegang mushaf tanpa berlapik melainkan ada kemaslahatan, namun masih boleh membacanya melalui paparan dan beranggapan sebagai zikir. 

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki 110 ayat. Begitu banyak hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini. Sebahagiannya adalah yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya. Antaranya ialah:

1) Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali jumaat." ( H.R Hakim di dalam Mustadrak)




Ayuh! Kita sama-sama nikmati anugerah ILAHI ini. Peruntukkanlah walau sedikit masa untuk mengamalkannya. Jika kita mempunyai waktu untuk memenuhi kegembiraan lain, kenapa tidak kita berlumba-lumba untuk meraih nikmat hakiki ini…


Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment