Assalamualaikum
![]() |
RAJA Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai SultanPerak ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang tadi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat |
Dalam
lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah:
"Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni
Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi
Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan
dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak
dengan adil mengikut hukum Allah."

BIODATA:
Raja Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah
- Diputerakan pada 27 November 1956
- Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
- Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
- Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah
Pendidikan
- Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
- Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)
Khidmat
- Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
- Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
"DAULAT TUANKU"

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon