
inilah kelainan yg aku maksudkan. sebelum ni celebrate besday kakak tak de deco2 ni...time tu aku seorang pemalas...hahaha.... sekarang ni maybe dah wujud sikit kerajinan dlm badan aku ni kot....aku buat sekadar yg termampu je....tak payah lah berdeco bagai......
kek ni simple jer. makan tak habis pun. aku ni mmg kurang sikit bab2 kek ni... tapi aku tgk kakak yg berselera makan kek. aku beli kek ni time balik kerja petang td. pastu aku gi kfc ingat nak beli famous bowl favourite kakak.tp tak de pulak. so aku beli family bucket plus chicken rice.
time ni tgh nyanyi heppy besday....aku tgk lilin kat kek tu semacam jer apinya....silap2 makan kek bakar pulak nanti
penuh semangat kakak meniup lilin .... adam kat sebelah tu berkata dlm hati, bila pulak aku nak tiup lilin ni....tak per dik, bulan depan adik pulak yer......
alhamdulillah apa yg dirancang, terlaksana sudah.. celebrate ala kadar jer. yg penting sekali kakak happy.....
"SELAMAT HARI LAHIR AZZALEA YG KE-5"
Ya Allah,
Kau anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku Azzalea Nur Batrisya, panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakanlah jiwa dan raganya. alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan lah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.
Ya Allah,
Kau bantulah aku dalam mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku. Jadikanlah anakku insan yang baik dan bertakwa, yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Nabi Muhammad S.A.W. Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan di akhirat. Amin......

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon