
Diriwayatkan
oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan
dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat
(kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam
1
Keluar
dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam
2
Diampunkan
dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).
Malam
3
Berseru
Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam
4
Memperolehi
pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam
5
Allah
kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam
6
Allah
kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu
dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang
yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam
7
Seolah-olah
ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam
menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam
8
Allah
mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam
9
Allah
kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam
10
Allah
Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam
11
Keluar
ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam
12
Datang
ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam
13
Datang
ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam
14
datang
Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam
15
Semua
Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam
16
Allah
subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam
17
Allah
kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam
18
Seru
Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam
19
Allah
Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam
20
Allah
kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam
21
Allah
binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam
22
Datang
ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam
23
Allah
Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam
24
Allah
buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam
25
Allah
Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam
26
Allah
kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam
27
Allah
kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam
28
Allah
Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam
29
Allah
SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam
30
Allah
SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini
yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
Semoga
amalan kita dalam bulan ini diterima olehNya..Amin

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon