
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktuMaghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Maka menghidupkan malam Nisfu Syaaban sangat digalakkan di dalam Islam bagi memperoleh keberkatan di atas malam ini. Semoga amalan baik yang dilakukan pada malam itu diterima oleh Allah.
Pada
tahun 2014 ini, Nisfu Syaaban jatuh pada tarikh hari
ini(13/6/2014) bersamaan 15 Syaaban.
kepada yg berpuasa hari ini, selamat berpuasa yer. aku tak puasa, tp aku bangun pg tadi utk siapkan makanan my mom bersahur....hikhikhik...apa salahnya kan, dh alang2 bangun tu puasa la sekali...apa lah aku ni......tak terdaya lah nak puasa hari ni....alasan lah tu....
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon