
![]() |
Gambar hiasan |
bila dh ada anak
apatah lg yg dh besar...yg dh boleh diharap buat kerja2 rumah, sure
korang perlukan khidmat mereka kan...cam aku ni, alhamdulillah my
gegirl dh boleh diharap utk tolong aku buat kerja2 rumah. yg ringan
jer la......kurang sikit beban aku...eh...beban ke?hihihihi....
kat
sini aku nak share sikit petua2 yg boleh di amalkan utk
galakkan anak2 korang bantu apa yg patut kt rumah tu
kan....korang boleh try yer....
Berikut
ialah enam petua bagaimana menggalakkan anak-anak untuk
membantu dan menjalankan tugas-tugas di rumah.
1.
Permintaan yang khusus
Jika
anak-anak sukar untuk bekerjasama, kita boleh cuba memberikan
mereka tugas yang lebih konkrit atau mempunyai tempoh masa yang
terhad.
Daripada
: "Kemaskan ruang tamu."
Cubalah:
"Setiap orang perlu ambil dan simpan 10 mainan yang berselerak
di ruang tamu.”
Daripada
: "Kemas kain baju yang berselerak di bilik kamu."
Cubalah:
" Mama nampak macam ada 5 helai baju yang perlu kamu
gantung di dalam almari.”
Daripada
: “Kutip kain baju yang perlu dicuci.”
Cubalah:
“Mama perlukan bantuan kamu selama 15 minit untuk mengutip semua
pakaian yang perlu dicuci daripada semua bilik. Sekarang pukul 7, dan
pada pukul 7.15, kamu boleh bermain di luar. "
2.
Ambil masa untuk melatih
Anak-anak
masih kurang kemahiran. Mereka tidak dilahirkan dan secara automatik
pandai menyapu lantai dan mencuci pinggan. Wajar kita menunjuk ajar
mereka melakukan sesuatu dengan cara yang menyeronokkan.
"
Okay Ella, masa untuk belajar menyapu. Dah sedia? Jom kita
cuba. Pertama, kita tarik kerusi-kerusi ni keluar dari bawah meja
supaya kita boleh sapu di bawah meja dengan mudah. Kemudian
kita ambil penyapu dan sapu seperti ini. Kita sapu hingga ke
sudut itu. Nah, Ella cuba sapu…”
3.
Menggalakkan bukan membebel
Ini
mungkin petua yang paling penting. Apabila anak belajar buat pertama
kalinya bagaimana memecahkan telur dan separuh daripadanya jatuh ke
lantai, elakkan daripada marah sebaliknya cuba memahami bahawa
kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.
Elakkan
daripada mengkritik secara negatif sebaliknya berikan galakan supaya
mereka tidak takut untuk mencuba lagi dan lagi sehingga mereka
menjadi mahir.
“Kesilapan
ketika belajar memasak memang tidak boleh dielakkan, tetapi melalui
kesilapan itu kita belajar bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara
dengan betul sehingga kita menjadi mahir.”
Elakkan
daripada merungut tentang telur pecah yang mengotorkan lantai,
sebaliknya ajar mereka untuk membersihkannya.
“Ella
tolong ambik span itu dan mari kita bersihkan lantai ini
sama-sama "
Berikan
mereka peluang untuk mencuba lagi
“Boleh
mama bagi cadangan? Ella boleh letakkan talam besar ini di bawah
mangkuk.. Kalau telur pecah sebelum sempat Ella masukkan ke dalam
mangkuk, ia akan jatuh ke dalam talam tersebut.
4.
Menyanyi atau berlagu
Ini
lebih sesuai untuk anak-anak yang masih kecil. Jika kita ada CD lagu
kanak-kanak tentang aktiviti mengemas, mungkin kita boleh pasangkan
supaya anak-anak akan lebih ceria dan seronok. Jika tidak ada,
mungkin kita sendiri boleh mencipta lagu dan senikatanya dan
nyanyikan bersama anak-anak sambil melakukan kerja. Ia akan
menceriakan keadaan dan kerja-kerja rumah akan menjadi lebih seperti
permainan yang menyeronokkan.
Menyanyi
sambil melakukan kerja juga adalah cara yang baik untuk menggalakkan
perkembangan bahasa dan menarik perhatian. Bukan itu sahaja, muzik
meningkatkan mood ceria , mengurangkan ketegangan otot dan
meningkatkan perasaan bersantai.
5.
Tunjukkan Penghargaan
Bagaimana
perasaan kita jika usaha keras kita dihargai? Kita akan berasa puas
hati, gembira dan seronok. Anak-anak kita juga akan merasai perkara
yang sama.
“Mama
benar-benar menghargai kerja yang Ella lakukan. Apabila semua orang
melakukan tugas dan tanggung jawab masing-masing, tentu rumah kita
berada dalam keadaan yang kemas dan selesa. Terimakasih Ella. "
Penghargaan
bukan sahaja membina harga diri anak-anak kita, bahkan ia juga boleh
menjadi model bagaimana untuk mengucapkan terima kasih, rasa
bersyukur dan menghargai orang lain.
6.
Jangan menjadi lembut hati dengan aduan/alasan dan pujukan.
Anak-anak
sering akan mengeluh apabila diminta untuk melakukan kerja mereka.
Mereka akan memberi macam-macam alasan untuk mengelak seperti letih,
tidak sihat, banyak kerja sekolah dan sebagainya. Alasan yang
diberikan perlu kita teliti samada ia benar atau sekadar alasan untuk
melepaskan diri. Kita perlu ada garis panduan untuk kekal fokus
kepada matlamat iaitu mengajar anak-anak kemahiran hidup dan menjadi
seorang yang bertanggung jawab.
Apabila
anak berkata:
“Mengapa
asyik Ella aje yang kena buat kerja? Adik relax aje..tak
payah buat apa-apa”
Kita
boleh menjawab :
"
Dalam keluarga ini, kita saling membantu antara satu sama
lain”
"
Papa dan mama cuba sebaik mungkin untuk memberi setiap orang dalam
keluarga ini apa yang mereka perlukan.”
"
Kadang-kadang Ella kena buat kerja lebih , kadang-kadang adik. "
"
Kerja-kerja yang ditugaskan kepada setiap orang adalah mengikut tahap
umur dan keupayaan masing-masing. Kerja yang mama suruh Ella buat
ialah kerja yang Ella mampu buat sedangkan adik tidak mampu
kerana dia masih kecil.”
sumber
: ibubapacemerlang

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon