Assalamualaikum
Ramai ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif memandang ringan masalah yang melanda anak-anak mereka. Bagaimanapun, ada juga ibubapa menggunakan kekasaran untuk menangani perilaku anak-anak hiperaktif. Anak-anak hiperaktif seharusnya di didik menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza daripada anak-anak normal yang lain.
1. Latih anak-anak hiperaktif
untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.
2. Jangan menghukumnya kerana
perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.
3. Jangan sesekali melabel anak
hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana
akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya.
4. Keefektifan sesebuah rawatan
berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik
buat anak.
5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada
anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang
yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.
6. Dalam mengajar anak
hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar
cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.
7. Apabila di depan anak,
katakanlah pada orang lain bahawa ida adalah anak yang baik, dan
jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.
8. Selalulah berwaspada, perhati
dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diriny
atau orang lain.
9. Perbanyakkan komunikasi dengan
anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat
tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit
sekali'.
10. Salah satu hal yang paling
sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan
kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau
berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan
adalah menyuapkan mereka dengan sabar.
11. Kita sebagi ibubapa bolehlah
bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah
anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang
tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan
anak-anak hiperaktif.
12. Untuk anak-anak hiperaktif,
kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang
menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan
cara berfikir mereka.
13. Anak hiperaktif memang kurang
bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai.
Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada
aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti
aktiviti-aktiviti luaratau membuat pekerjaan rumah atau
sebagainya.
14. Selain dari itu, ibubapa yang
mempunyai anak-anak hiperaktif menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti
membaca doa. Antara doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua
untuk anak-anaknya.
a) Al Bagarah : 128 Doa agar anak
patuh kepada Allah
b) Al Imran : 38 Doa agar diberi
anak yang baik.
c) Furqan : 74 Doa agar diberi
zuriat yang menyenangkan hati
d) Ibrahim : 40 Doa agar anak
tetap mengerjakan solat
Sharing is caring

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon