Kenduri Berkhatan dan Kenduri Menghantar Cincin

Assalamualaikum

Hahaha....Kelakar la pulak dgn tajuk entry cik iput kali ni.... "kenduri menghantar cincin". Time dpt kad jemputan tu terkejut gak cik iput.lama2 gelak pulak sorang2...budak2 zaman sekarang. Ni kerja si adik nye la..tp betul apa..menghantar cincin kan.

Kenduri ni sebenarnya sabtu lepas. Cik iput busy sikit. Sekarang ni dh kekurangan masa utk memblog-blog ni semua. Kenduri bertunang ni sekalikan dgn kenduri anak abg cik iput yg bongsu berkhatan.abg nye yg sulung bertunang...






Ada la pulak abg badut time kenduri ni..mulanya nak buat silap mata di selang seli dgn bg belon. Tp disebabkan permintaan terhadap belon amat tinggi, pertunjukan silap mata terpaksa di lupakan.. Berpeluh2 abg badut membuat pelbagai bentuk belon..dak batrisya sampai takut nak keluar rumah coz takut dgn abg badut tp belon nak... Sekali pertunjukan  silap mata dibayar rm450.




Ni pulak hantaran yang akan dibawa esoknya(ahad) ke rumah bakal tunang Along (anak buah yg bertunang) di Puncak Alam, Kajang. Orang bandar la katakan so tak nak banyak hantarannya. Permintaan dr pihak perempuan 8 dibalas 10.

Ok, lepas ni tunggu entry  hari pertunangan pulak ye. Cik iput kena bahagikan masa nak tulis entry skrg ni ...hikhikhik...
Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment