Bulan Rejab Sebagai Bulan Penebus Dosa

Assalamualaikum


Seperti mana yg kita tahu esok merupakan 1 Rejab  1436H bersamaan dgn 20 April 2015.
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.Dgn kata lain, bulan Rejab juga dikenali sbg bulan pengampunan.

Amalan Yang Baik Dilakukan Ketika Bulan Rejab

#Berpuasa dan bersedekah
#Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
#Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran. 
#Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir 
#Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah 
#Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
#Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Ganjaran Berpuasa Di Bulan Rejab


Cik Iput nak kongsikan sedikit kelebihan berpuasa di Bulan Rejab iaitu:

1. Orang yang berpuasa dan berselawat dalam bulan Rejab, di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu dan lebih dingin dari salji, dan baunya lebih harum daripada kasturi.
2. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
3. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
4. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
5. Setiap sehari berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.


"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu." Hadis Rasulullah SAW



Ini adalah beberapa amalan baik yang boleh dilakukan pada bulan Rejab, bulan dimana terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita diterima oleh Allah. In Sha Allah....
Previous
Next Post »

9 Coretan

Click here for Coretan
kisah_hearty
admin
19 April, 2015 ×

thanks for sharing..:)

Reply
avatar
20 April, 2015 ×

Good sharing :)

Reply
avatar
20 April, 2015 ×

banyak kelebihan bulan rejab ni

Reply
avatar
Cik Iput
admin
20 April, 2015 ×

Betul tu nani

Reply
avatar
20 April, 2015 ×

hati-hati dengan penyebaran hadis palsu ye Kak Efa..

apapun salam Rejab.. :)
tak lama lagi Ramadhan sampai.. InsyaAllah semoga kita semua berjumpa dengan Ramadhan tahun ini.. Aamiin..

Reply
avatar
anajingga
admin
20 April, 2015 ×

semoga kita bersama mendapat ganjaran di bulan yang mulia ini :)

Reply
avatar
Eny Abdullah
admin
25 April, 2015 ×

Salam rejab CI

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment