Kehamilan Di Luar Rahim

Assalamualaikum

Cik Iput nak kongsi sedikit dgn you alls mengenai kehamilan / kandungan di luar rahim. Seperti yang kita tahu, kehamilan diluar rahim semestinya berlaku terhadap kaum wanita. Semua wanita berisiko mengalami kehamilan di luar kandungan, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini.

Apakah itu kehamilan di luar rahim?

Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.

Berikut adalah perkara-perkara yang meningkatkan risiko seseorang wanita mendapat kehamilan luar rahim:

*Pernah mendapat jangkitan kuman pada kawasan pelvis (penyakit radang pelvis)
*Pernah mengandung luar rahim sebelum ini
*Pernah mengalami keguguran kandungan
*Penggunaan alat perancang kehamilan dalam rahim (intrauterine contraceptive device) *Pembedahan pelvis
*Bertukar-tukar teman seks/seks bebas
*Usia yang semakin tua

Tanda-tanda/simptom Kandungan Di Luar Rahim


Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

*Pendarahan faraj yang tidak normal

Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun").

*Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 

Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:

*Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut. *Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
*Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
*Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman   lain seperti diafragma (rusuk).


Rawatan Terhadap Kandungan Luar Rahim

Teknik yang paling biasa dan paling berkesan ialah pembedahan untuk membuang kandungan tersebut. Ini dilakukan kerana kandungan luar janin tidak akan bertahan lama dan mempu mengancam nyawa si ibu. Kadang-kadang dalam keadaan yang mendesak, tisu yang terlibat juga terpaksa dibuang bersama-sama dengan embrio; contohnya ialah pembedahan salfingektomi (salphingectomy) iaitu pembuangan tiub fallopio yang terjejas disebabkan oleh kandungan tuba. Namun disebabkan oleh perkembangan teknologi ultrasonografi, diagnosa kandungan luar rahim semakin kerap dapat dikenal pasti pada peringkat awal. Jika sedemikian, rawatan tanpa pembedahan boleh dilakukan, tetapi dengan syarat-syarat tertentu yang ketat. 

Rawatan bukan pembedahan ini termasuklah menyuntik pesakit dengan prostaglandin, kalium klorida atau methotrexate. Akibat daripada rawatan ini, embrio yang masih baru itu akan berhenti berkembang dan biasanya akan mengecut, diserap dan hilang di kawasan implantasi. Dalam keadaan lain, embrio tersebut mungkin akan diusir keluar bersama-sama dengan darah haid. Namun selepas rawatan seperti ini dilakukan, pesakit perlulah terus dipantau dengan ultrasonografi dan diukur aras hCG untuk beberapa minggu agar dapat dipastikan bahawa kandungan luar janin tersebut sudah benar-benar tiada.

Kehamilan di luar rahim boleh menjejaskan kesuburan. Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri. Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF.
Previous
Next Post »

7 Coretan

Click here for Coretan
23 April, 2015 ×

Makcik Sha pernah mengandung luar rahim sebelum ni. Operate masa kandungan baru beberapa minggu. Sekarang, alhamdulillah, dah ada 2 anak :)

Reply
avatar
khaty aiman
admin
23 April, 2015 ×

bahaya juga ya mengandung luar rahim..kena jaga elok2 kita nie sebagai wanita..good sharing

Reply
avatar
23 April, 2015 ×

ermmm ada bahayanya

Reply
avatar
anajingga
admin
23 April, 2015 ×

bahaya kan, kena ambil langkah2 awal sebelum memudaratkan ibu dan anak.

Reply
avatar
Maria Firdz
admin
23 April, 2015 ×

Kak ipar dan kawan baik pnh kna... Hmm.. Pasrah la kan... Tapi alhamdulillah de sblh lagi yg berfungsi..

Reply
avatar
Eny Abdullah
admin
25 April, 2015 ×

risiko para ibu yg hamil kan....

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment