Assalamualaikum
Bermulanya awal tahun 2015 yang lalu sehingga sekarang, sudah 5 kali Adam diserang penat/lelah/asma. Memang cukup membimbangkan Cik Iput apabila penyakit ni menyerang Adam because before this Adam tak pernah lagi menghidap penyakit ni. Apa yg difahamkan , penyakit ni merupakan penyakit keturunan. Tapi memang tak dinafikan Cik Iput dan En Patrick memang mempunyai keturunan menghidap asma. So, potensi utk Adam menghidap penyakit ni amatlah tinggi. Jom kita berkenalan dulu dgn apa itu asma/penat/lelah...
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Tanda-tanda awal Asma
Tanda-tanda amaran awal adalah perubahan yang berlaku sejurus sebelum atau pada permulaan serangan asma. Tanda-tanda ini mungkin bermula sebelum petanda biasa asma dan tanda-tanda awal bahawa asma anda semakin buruk.
Dengan mengenal pasti tanda-tanda ini, kita boleh menghentikan serangan asma atau menghalang satu daripada menjadi lebih teruk. Tanda-tanda amaran awal asma termasuk:
*Batuk yang kerap, terutamanya pada waktu malam
*Kehilangan nafas dengan mudah atau sesak nafas
*Rasa sangat letih atau lemah semasa bersenam
*Berdehit atau batuk selepas senaman
*Merasa letih, mudah marah, cepat marah, atau muram
*Berkurang atau perubahan dalam fungsi paru-paru
*Tanda-tanda selesema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakan hidung, sakit tekak, dan sakit kepala)
*Masalah tidur
Langkah-langkah bagi mengelak daripada serangan asma
Semasa Cik Iput bawa Adam ke klinik utk mendapatkan rawatan, doktor menasihatkan Cik Iput tidak memberi Adam minum atau makan yg sejuk-sejuk contohnya seperti minuman berais dan buah tembikai. Doktor juga mengingatkan Cik Iput supaya Adam dijauhkan dr segala habuk yg boleh mendatangkan lelah. Adam juga perlu dikurangkan berada di ruang yg beraircond bila dia dijangkiti selsema atau batuk.
Selain itu, punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.
#Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
#Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
#Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
#Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil).
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja kita pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum kita ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor.
![]() |
Cik Iput dan Adam ketika mendapatkan rawatan di Klinik |
7 Coretan
Click here for CoretanMoga Adam cepat sembuh
ReplyBahaya jugak tu kalau asma. Kadang2 boleh mengganggu tumbesaran kanak2. Sedut gas banyak kali pun xelok jugak kan. Kena elakkan punca berlakunya asma pada adam. Semoga adam cepat sembuh. Ganjaran yang besar buat ibu yang penat menjaga anak yang sakit. Semoga tabah kak
Replybagus info ni
ReplySmga adam cepat sembuh
Replysemoga adam cepat sembuh.
Replysemoga cepat sembuh Adam sayang !
ReplyMoga Adam cepat smbuh... Sy juga penghidap lelah dr kecik... Dh khwin ni kurg dh kena asma...
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon