Assalamualaikum
Siapa suka minum air kosong? Efa rasa semua orang suka minum air kosong. Tapi terdapat juga segelintir dari kita yang tak suka atau dengan erti lain tak boleh nak minum air kosong.. Sebenarnya diri Efa sendiri memang cukup susah nak minum air kosong atau air mineral atau air masak. Kalau hari kerja Efa akan bawa sebas air masak yang mengandungi lebih kurang 20oz air masak. Time balik kerja hanya separuh atau pun suku shj yg habis. Memang susah la nak minum air masak tp kalau air manis tak samapi seminit dh habis betul tak?..hehe
Okey lah kat sini Efa nak kongsikan kelebihan minim air masak atau pun air kosong kepada kita semua... Antaranya ialah:
1. Mengawal berat badan.
Ini adalah berita gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandung kalori, gula atau lemak dan ini ternyata mampu mengurangi berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat memproduksi hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan Minum air putih dalam jumlah lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan diri dari mendapat sembelit bahkan pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambat proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambat pertumbuhan zat penyebab kanser tetapi juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kurangnya kemasukan air putih menyebabkan tubuh mengalami kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak pengubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat untuk penyakit stroke
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernapasan.
Air masak atau air kosong atau air putih sememangnya penting utk kesihatan.. Jom amalkan...
6 Coretan
Click here for Coretan8 gelas sehari. chayok
Replyyup.. setuju.. nak2 lagi kalau rasa nak turunkan berat badan.. ;)
Replysekarang ai maintain minum air kosong 3 - 4 liter sehari.. ;)
utk kesihatan ewan...
Replybetul tu aizamia...
ReplyJom minum air masak dan ketahui kelebihannya
Replyjom saya belanja air masak
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon