Review | Aiskrim Chaiyok-Chaiyok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Musim panas macam sekarang ni kalau dapat makan aiskrim...perghhh...sedapkan. Rasa puas sangat.. Okey lah, sebut pasai aiskrim Efa nak review Aiskrim Chaiyok-Chaiyok




Alkisahnya , abang Efa akan mengadakan kenduri kahwin anak beliau (anak buah Efa lah). So, tercari-cari gak apa yang Efa nak sponsor masa kenduri kahwin tu. Setelah bertukar-tukar fikiran dengan En Patrick, maka kami putuskan utuk sponsor aiskrim. so, bermulalah pencarian pembekal-pembekal aiskrim. Kalau dilihat setiap majlis kenduri kahwin di tempat Efa, pasti mereka akan mengambil pembekal aiskrim yang biasa kita lihat hanya menggunakan motosikal sahaja. Kebanyakan yang menjual tu adalah mat2 Bangladesh.. 

So, Efa try survey dgn officemate. Alhamdulillah..jumpa. Pembekal aiskrim tu merupakan kawan kepada kakak Kak Yati, officemate Efa. Yang lebih seronok lagi aiskri tu adalah buatan muslim. Aiskrim Chaiyok-Chaiyok ni sememangnya mengambil tempahan untuk majlis perkahwinan, hari jadi, hari raya, hari sukan, majlis kesyukuran, majlis sekolah dan sebagainya. Terdapat pelbagai perisa Aiskrim Chaiyok-Chaiyok antaranya coklat, vanila, keladi, cappucino, oreo dan banyak lagi.




Terdapat juga Aiskrim Goreng Camah

Di bawah ni adalah gambar-gambar Aiskrim Chaiyok-Chaiyok di majlis kahwin anak buah Efa. Sejujurnya Efa bagitau servis yang diberikan amat memuaskan. Cuma Efa tak sempat nak jumpa ketika owner aiskrim ni nak balik coz masa tu sibuk sangat. Tapi wakil Efa, En Patrick sempat jumpa nak ucapkan terima kasih.




Kedai Aiskrim Chaiyok-Chaiyok terletak di Kampung Bahagia, Teluk Intan ,Perak. Selain dari aiskrim chaiyok2, aiskrim goreng camah, terdapat jugak Parota Crispy Roti Ayam Rangup, Fifi Choc Crispy, Air Berkarbonat Ameen Plus serta Air Koko Boboiboy.









Jika berminat boleh sms / whatsapp 0125994282 atau layari FB Aiskrim Chaiyok-Chaiyok https://www.facebook.com/AiskrimChaiyokChaiyok atau bagi yang tinggal di Teluk Intan boleh datang terus ke Kedai Aiskrim Chaiyok-Chaiyok berhampiran dengan Masjid Kampung Bahagia.










Previous
Next Post »

6 Coretan

Click here for Coretan
anajingga
admin
01 June, 2015 ×

tq for the info efa, mana tahu nak buat event kat Teluk Intan nanti boleh lah kak ana roger2 aiskrim ni..

Reply
avatar
ahkak gojes
admin
01 June, 2015 ×

amboi nama aiskrim tu...menarik...

Reply
avatar
Efa Othman
admin
01 June, 2015 ×

Boleh kak ana.pas kenduri anak buah tu ,dah ada org tanya...hehehe

Reply
avatar
Efa Othman
admin
01 June, 2015 ×

Tu la KG ...antik nama tu...

Reply
avatar
02 June, 2015 ×

nama dia. siap ada chaiyok2. hahaha

Reply
avatar
Fendi Rocka
admin
02 June, 2015 ×

kalau saya, mahu 2-3 kali berulang

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment