#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

Hai...untuk pengetahuan semua , hari ini bermulalah #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Untuk hari pertama #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015, tajuknya adalah Apa Erti Puasa Bagi Anda?

#HariPertama

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?


Puasa dalam Bahasa Arab nya adalah  صوم . Puasa boleh diertikan sebagai 'menahan diri'. Dari segi istilah syarak pula, puasa bermaksud 'menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari besera ta niat'. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Hukum puasa pula terbahagi kepada 3 iaitu puasa wajib, puasa sunat dan puasa haram. 
Puasa Wajib : 
  1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa qadha
  4. Puasa Nazar.
Puasa Sunat : 

  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
  3. Puasa pada hari tasu'a 9 muharam danHari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
Puasa Haram:


  1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
  3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
  4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  5. Puasa perempuan haid & Nifas
  6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandanganAhli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
  7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
  8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat wajib puasa pula ialah berakal/waras, Baligh (cukup umur) dan mampu / tidak uzur. Manakala syarat sah puasa pula adalah Orang Islam, berakal - tidak sah jka gila dan kanak2 yg belum mumayyiz, suci daripada haid dan nifas serata dalam waktu yg membilehkan berpuasa, iaitu bukan tempoh haram berpuasa.

Rukun Puasa pula terbahagi kepada 2 iaitu berniat pada malam harinya dan menahan diri dari perkara-perkara yg membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berpuasa pula adalah :
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Solat Tarawih pada malam harinya
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Berungguh-sungguh dan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar.
Manakala perkara-perkara bila kita lakukan akan membatalkan puasa adalah seperti :
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Hilang akal (seperti gila)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwudukatau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Walaubagaimanapun terdapat juga kelonggaran (harus) berbuka puasa sebelum waktunya kepada golongan-golongan berikut:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam perjalanan lebih dari 2 marhalah (musafir).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Efa rasa doa berbuka puasa mesti korang semua tahukan.. Tapi Efa akan kongsi juga dekat sini. 

                                     اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
"Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan"

Bagi Efa bila kita berpuasa kita dapat belajar erti kesabaran dan dapat mendisiplinkan diri kita. Melalui puasa jugak dapat menanamkan dalam diri kita perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin dan dapat merasa apa yg ditanggung oleh mereka. Selain itu , dengan berpuasa dapat mendidik nafsu dan jiwa kearah kebaikan. Puasa juga dapat mengajar kita supaya beramanah terhadap diri sendiri dan taat kepada Perintah Allah S.W.T.




Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment