#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

#Day02

Sahur (Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut SehriSahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat Islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan Ramadhan. Ia di lakukan sebelum masukkan waktu Solat Subuh, lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang. Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh).

Bila sebut tentang sahur, terdapat macam-macam pengalaman yg dilalui.Seingat Efa masa kecil (Darjah satu) taklah susah sangat nak bangun sahur. Bila mak atau kakak kejut untuk bangun sahur, Efa bangun macam biasa jer. Tak banyak tanya pun. Masa makan, biasalah mamai tu mesti ada. hehehe..

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

Semasa Tingkatan 1 , Efa dah start duduk asrama. So, masa sahur makan dengan kawan-kawan kat dewan makan. Masa ni tak pernah pun tak bangun sahur sebab warden sentiasa kejutkan untuk bangun sahur.

Semuanya berubah bila belajar kat universiti. Bangun sahur atau tak terpulang pada diri sendiri. Selalunya Efa dengan rakan sebilik akan beli makanan kat cafe  dalam pukul  12 tengah malam. Lepas tu makan siap-siap dalam bilik sebab pagi tu malas nak bangun sahur. Lebih malas lagi bila nak turun ke cafe untuk beli makanan. So, kami makan maggi je la..hehehe. 

Masa baru-baru kahwin pula, suami Efa akan bangun teman kan sekali untuk Efa memasak. Rasa macam sweet sangat jer masa tu. Tapi sekarang bila dah ada anak, Efa masak sorang-sorang je kat dapur. Dah siap, baru kejutkan suami dengan  mak untuk bangun sahur.

Sebenarnya seingat Efa tak pernah lagi tak bangun sahur. cuma terlewat bangun pernah lah tapi masih sempat lagi untuk bersahur. Tapi kalutlah untuk memasak sebab masa suntuk. Kalau korang semua nak tahu, dari zaman anak dara, Efa memang takkan tidur selepas bangun sahur. Sebabnya kalau tidur badan Efa akan letih ditahap yg melampau. So ,Efa akan buat kerja-kerja rumah yg patut la kan asalkan Efa tak tidur.hehehe.. Ini lah serba sedikit pengalaman bersahur Efa di sepanjang Ramadhan Al-Mubarak...



Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment