Atasi Anak Kencing Malam

Assalamualaikum

Efa nak kongsikan kat sini bagaimana cara untuk kita sebagai ibubapa mengatasi anak-anak yang suka kencing malam. Efa sendiri pun mengalami situasi yang sama iaitu Cik Betty a.k.a Kakak boleh dikatakan hampir setiap malam beliau membasahkan tilam. So, pening juga kepala ni memikirkan apa yang perlu dilakukan.


Sebelum tu Efa nak share sikit apa itu kencing malam. Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak hingga golongan remaja akil baligh dan golongan warga emas yang sudah lanjut umurnya. Enuresis sering berlaku ketika mereka sedang tidur khususnya pada waktu malam, namun perkara ini kadangkala turut berlaku pada waktu awal pagi atau pada tengah hari dan petang. Pada kebiasaannya istilah ini dikhususkan kepada mereka yang cukup besar untuk mengawal kencing dan tidak bagi golongan kanak-kanak bawah umur. 

Enuresis juga pernah dilaporkan terjadi akibat beberapa kondisi penyakit lain misalnya akibat penyakit serangan bacteria pada pundi kencing atau kegagalan otak atau system saraf yang mengawal aktiviti berkaitan alat kelamin. Ada juga kes yang mengaitkan Enuresis dan masalah emosional dan personaliti. Terdapat sebilangan kes yang melibatkan perasaan yang banyak berlaku kepada lelaki, mereka yang telah bermimpi basah lalu mengeluarkan air mani atau memaksa air mani mereka keluar ketika beronani, mereka akan mudah berasa hendak membuang air kencing, namun akibat kepenatan mereka akan terus tertidur dan menyebabkan pundi kencing mereka tidak mampu untuk mengawal peningkatan kapasiti air kencing yang banyak, lalu mereka pun terkencing sedangkan mereka tidur.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur. Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vassopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.

Cara Mengatasi Anak Kencing Malam


Kaedah yang terbaik ialah dengan melatih anak-anak kita bagi menghentikan kebiasaan tersebut. Antara caranya ialah dengan menghadkan pengambilan air pada waktu petang, Memastikan mereka membuang air kecil sebelum tidur dan membangunkan mereka untuk buang air sekali lagi pada waktu yang pertama kebiasaannya kita mendapati tilam mereka basah akibat kencing. Selain itu juga,
elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur. 

Sebagai ibubapa, ajar anak tentang disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini. Jika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air. Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.

Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya. Cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.

Selain dari itu terdapat juga petua2 yg boleh kita amalkan. Antaranya ialah cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air. Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air tu kat perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.

Petua yang seterusnya untuk elak anak kencing malam ialah dengan menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas sadu sutu kecil madu lebah dan suruh anak kecil tu minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan budak kecil tu nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak control.

Semoga memberi manfaat kepada semua dan mari lah sama2 kita mengamalkannya. Efa harap lepas ni Cik Betty akan berkuranglah kekerapan beliau kencing malam. Kalau tak pening jugak kepala nak basuh tiap2 hari cadar dan selimut hehehe...
Previous
Next Post »

5 Coretan

Click here for Coretan
04 June, 2015 ×

sebelum tido kena bawa siap2 pi buang..hehe
#clickclicknufnang

Reply
avatar
04 June, 2015 ×

terbabas.................hehehe...kata anak buah saya satu ketika dulu

Reply
avatar
04 June, 2015 ×

madu lebah dgn perahan limau nipis ye...
errmm... bagus juga tips tu... :)

Reply
avatar
Ummul Azkee
admin
04 June, 2015 ×

info sgt berguna nihhh..tq

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
07 June, 2015 ×

Info dan tips cegah kencing malam yang pastinya disukai ibu bapa.
Setuju ibu bapa perlu dorong dan berikan semangat berbanding memarahi anak-anak

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment