Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Seluruh Negeri Di Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

Bila Ramadhan muncul, Zakat Fitrah pula akan melayang-layang difikiran kita. So,entri kali ini Efa nak share sikit info mengenai Zakat Fitrah dan kadar bayarannya di seluruh negeri di Malaysia.

Zakat Fitrah


Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).


Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).
Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.

NegeriterkiniTahun 2015 (RM)Tahun 2014 (RM)
Bendera Perlis PerlisAkan dinyatakan6.50
Bendera Kedah Kedah7.007.00
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang7.007.00
Bendera Perak Perak7.007.00
Bendera Selangor Selangor7.007.00
Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan6.506.50
Bendera Melaka MelakaAkan dinyatakan6.70
Bendera Johor Johor5.00 / 8.00*5.00/8.00*
Bendera Pahang Pahang7.007.00
Bendera Terengganu Terengganu7.40 / 6.80 / 4.60*7.60/7.00/4.50*
Bendera Kelantan Kelantan7.007.00
Bendera Sarawak Sarawak7.007.00
Bendera Sabah Sabah7.007.00
(WP) Bendera Kuala Lumpur Kuala Lumpur/Bendera Putrajaya Putrajaya/Bendera Labuan Labuan7.007.00


Nota:
  1. Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan
  2. Lampiran senarai harga kadar zakat fitrah bagi tahun 2015 diatas akan dinyatakan dan dilengkapkan selepas perkara ini diumumkan secara rasmi oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

Pautan sumber : My sumber


Cara Penetapan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Cara Penetapan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
  2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras ‘Vietnam White Rice’ bagi negeri Sabah dan ‘Thai White Rice’ bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.50

Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan Zakat Fitrah

  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Niat zakat Fitrah


" Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala."

Semoga apa yang Efa kongsikan di sini memberi manfaat kepada kita semua.. Selamat Berpuasa....
Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment