Air Kelapa Muda Banyak Khasiat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

Siapa tak suka air kelapa muda kan..perghh..tambah-tambah di bulan Ramadhan yg mulia ini..memang menyejukkan.hehe. Okeylah ,Efa nak share sikit mengenai khasiat air kelapa muda kepada kita.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA 
smile emoticon


1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.
6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Banyak sebenarnya khasiat air kelapa muda ni. Dulu Efa dan Cik Lea pernah kena demam pelentong (chickenpox). Efa amalkan minum air kelapa muda. Salah satu alternatif. Kita berusaha hanya Allah yg menentukan. Tapi Cik Lea tak nak minum pulak. Kalau air selain dari sunquick atau air yg masam-masam memang dia tak nak minum.
Huhu.

~ Sharing is caring ~
Previous
Next Post »

4 Coretan

Click here for Coretan
Nurul
admin
26 June, 2015 ×

Saya suka coconut shake. Nyaman rasanya.

Reply
avatar
Lin Chalo
admin
04 July, 2015 ×

Terima kasih sharing ye....

Sebab tu orang dulu-dulu suka sangat suruh minum air kelapa kalau sakit...

Reply
avatar
Farha
admin
28 July, 2015 ×

detoks air kelapa katanya

Reply
avatar
che mid
admin
09 September, 2015 ×

Mahallah sekarang..sebijik RM3.50 atau lebih. Tapi kalau dapat buat projek petik kelapa dan ramai-ramai minum bawak pokok kelapa ..nikmat Ya Allah...

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment