Buah Kedondong

Assalamualaikum
Siapa kenal buah kedondong? Mesti kenalkan. Tak silap Efa, buah kedondong ni juga dipanggil buah amrah. Kedondong adalah tanaman buah yang tergolong ke dalam suku mangga-manggaan (Anacardiaceae). Tanaman ini dikenal pula dengan nama ambarella, hog plum, hevi (Filipina), mokah (Kamboja), gway (Myanmar), makak farang (Thailand). Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup. Buah kedondong ni memang sedap dimakan. Selalunya buah kedondong ni dicampur dgn buah-buahan lain dan dimakan dengan kuah rojak...perghhh..meleleh air liur. Buah kedondong ni kalau makan dia sahaja pun sedap ditambah dgn serbuk asam. Sebenarnya buah kedondong mempunyai khasiat yg tersendiri termasuklah daunnya sekali. okey, kat sini Efa sharekan apa khasiat buah dan daun kedondong.

Khasiat Daun dan Buah Kedondong

1. Anemia 
Kandungan zat besi dalam 100 gram buah kedondong mencapai 30 mg, dapat membantu proses pembentukan sel darah merah.

2. Kecantikan Kulit Wajah dan Tubuh 
Kaya akan kandungan vitamin C yaitu 30-50 mg dalam 100 gram buah kedondong sehingga rajin mengkonsumsi buahnya dapat membantu proses generasi kulit dengan cara meningkatkan produksi kolagen yang berperanan penting dalam elastisiti kulit. Selain itu, vitamin C juga bersifat antioksida yang dapat mencegah radikal bebas.

3. Kudis dan Luka Terbakar 
Daun kedondong juga digunakan secara tradisional untuk mengubati kudis, luka perih dan luka terbakar.

4. Mengatasi cirit-birit 
Untuk mengatasi cirit-birit, gunakan kurang lebih 15 gram kulit batang kedondong segar yang telah dicuci bersih. Dipotong kecil dan rebus dengan 2 gelas air selama 15 menit. Tunggu sampai sejuk dan tapis dan air hasil tapisan dapat diminum 2 kali sehari.

5. Menjaga Saluran Pencernaan dan Diet (Buah)
Kandungan serat pada 100 gram buah kedondong yang mencapai 0.83-3.60 mg sangat bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.

6. Menurunkan Berat Badan 
Dengan kandungan lemak, protein dan karbohidrat dalam jumlah rendah, buah kedondong juga dapat membantu bagi mereka yang sedang menjalani program diet untuk menurunkan berat badan. Hanya saja, jika ingin mengkonsumsi buah kedondong untuk diet, pilihlah yang belum matang benar karena kandungan buah kedondong yang belum matang benar ini sangat tinggi serat dan air. Sementara buah kedondong yang matang kandungan sukrosanya tinggi sehingga menambah jumlah kalori di dalamnya.

7. Ubat Batuk Alami 
Untuk mengubati batuk, gunakan 3 biji buah kedondong yang telah dicuci bersih. Diparut dan perah airnya tanpa ditambahkan air. Tambah sedikit garam pada air perahannnya dan ramuan siap utnuk diminum 2 kali sehari.

8. Penambah Tenaga dan Vitalitas Tubuh 
Buah kedondong memiliki unsur gula dalam bentuk sukrosa yang bermanfaat sebagai penambah tenaga dan vitalitas tubuh.

Jom kita amalkan....
Kredit : Rahsia Hawa
Previous
Next Post »

4 Coretan

Click here for Coretan
aRz MoHa
admin
07 June, 2015 ×

Banyak rupanya kelebihan buah kedondong atau buah amra yang biasanya di buat jeruk

Reply
avatar
Efa Othman
admin
07 June, 2015 ×

selama ni tak tau pun...tau makan je kan....

Reply
avatar
07 June, 2015 ×

sedap ni !

p/s:Jemput join segmen Bloglist Julai-Ogos CN yer ;) http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/Segmen-Bloglist-Julai-Ogos-2015.html

Reply
avatar
kisah earty
admin
08 June, 2015 ×

sdapnya buat jeruk asam boi

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment