6 Kategori Sahabat

Hai... Efa nak share mengenai "kenali sahabat kita". Korang semua ada sahabatkan. Persahabatan yang terjalin akan membahagiakan dan menyeronokkan jika kena caranya. Pengalaman bersahabat banyak membantu sepanjang menjalani liku-liku kehidupan. Suka dan duka, iri hati dan khianat, kasih dan sayang, jujur dan setia serta ikhlas dan amanah dapat dirasakan selama bersahabat. Mustahil jika seseorang tu tidak mempunyai sahabat. Namun tidak semua sahabat itu, sahabat. So, jom kita kenali 6 kategori sahabat .
- Memahami
seorang sahabat haruslah memahami sikap, tindakan dan perangai buruk baik kita. sahabat seperti ini sukar untuk dicari, namun kebiasaanya kita tidak sedar kehadirannya di sisi. Dia memahami setiap situasi kita. tidak menyakiti malah mengubati.
2. Menolong
Menolong boleh diertikan dengan dua keadaan; menolong jika kita menghadapi kesulitan atau menolong memberi masalah kepada kita. kedua-dua sahabat begini baik untuk mendewasakan kita.
3. Mendorong
Dia suka memberi dorongan dan nasihat kepada kita. Biasanya sahabat seperti ini bermotivasi tinggi dan rapat dengan kita. Andai kata kita dapat mengenalpasti sahabat seperti ini, satu bonus kerana orang sekeliling kita positif
4. Menjatuhkan
kita perlu elakkan sahabat yang suka menjatuhkan kita, tetapi ada baiknya juga bersahabat dengan mereka. Mereka mampu membuatkan kita bangkit. Mungkin jika tidak kerana sahabat seperti ini, mungkin kita masih berada di takuk lama dan tidak sedar diri
5. Mengambil kesempatan
Pertama yang suka mengambil kesempatan atas kesempitan kita. apabila kita susah dia akan seronok atau ketika kita tertekan dia bertepuk gembira dalam hatinya. kedua sahabat yang suka mengambil peluang atas kelebihan diri kita
6. Pentingkan diri
sahabat yang pentingkan diri sendiri amat ramai. sahabat seperti ini sukar untuk dibasuh. Kenali dahulu sifat mementingkan diri sendiri sahabat ini. Mereka mempunyai kelebihan untuk menilik dan menilai tindakan kita. selain itu, mereka banyak membuang masa lapang kita ketika ingin mengejar waktu atau ingin cepat ke sesuatu tempat atau pun janji temu.
Daripada kategori sahabat yang disenaraikan, nilai dan pastikan sahabat yang positif dan negatif. Kemudian pilih sahabat yang perlu kita dekati atau jauhi. jalan kehidupan setiap orang berbeza-beza. jadilah orang yang bermanfaat kepada orang lain.
3 Coretan
Click here for Coretansemua jenis kawan2 kat atas tu ada..yg menjatuhkan pon masih lg berkawan.. pandai2 la kita jaga diri..
Replyassalamualaikum
Replysinggah ptg
hari ini bz sangat x sempat nak BW
terima kasih kak..m....dulu waktu yaya susah memang ada yang kawan jenis tak tahu lah yaya nak kata macam mana dan bila senang sikit mula lah nak tanya khabar semua...m....kecewaaaa
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon