Cara Terbaik Berbakti Kepada Kedua Ibubapa Yang Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum

Cara Terbaik Berbakti Kepada Kedua Ibubapa Yang Telah Meninggal Dunia

Hasil carian imej untuk Cara Terbaik Berbakti Kepada Kedua Ibubapa Yang Telah Meninggal Dunia

Bagaimana cara terbaik sebagai seorang anak untuk berbakti kepada kedua ibubapa yang telah meninggal dunia? Antaranya ialah :


  • Memohon keampunan untuknya
  • Melaksanakan amanah dan wasiatnya
  • Menyambung silaturrahim dengan sahabat taulannya
  • Selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya
  • Jika ibubapa belum menunaikan haji, anak-anak boleh menolong menunaikan haji (niatkan upah haji untuk mereka)
  • Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.
  • Bersedekah bagi pihak mereka
  • Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.
  • Jadilah anak soleh ini antara bekalan kepada si mati

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.


  • Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat, bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.
  • Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka) 
  • Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Semoga apa yang Efa kongsikan  di sini dapat memberi manfaat kepada semua termasuklah diri Efa sendiri. Efa telah kehilangan ayah ketika berumur 4 tahun. Bermakna sudah 31 tahun ayah pergi meninggalkan Efa dan family. Efa tidak sempat membalas segala jasa-jasanya. Hanya cara-cara di atas untuk Efa berbakti kepada arwah ayah Efa...Semoga arwah ayah tenang di SANA dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah..
Previous
Next Post »

2 Coretan

Click here for Coretan
beat
admin
22 August, 2015 ×

takut baca bab hutang...

Reply
avatar
aein azuan
admin
23 August, 2015 ×

tq kak...bab hutang memang takut...

lovelyaein.blogspot.com

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment