Daun Pegaga

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

Khasiat Daun Pegaga 

Entry kali ni Efa nak kongsikan bersama-sama dengan korang mengenai khasiat daun pegaga. Maybe ada sesetengah tu dah tahu apa khasiatnya. bagi yang tak tahujom sama-sama kita baca. Sebenarnya Efa pun tak pernah makan daun pegaga ni. Tapi mak Efa selalu makan daun ni dan pelbagai ulam yang sewaktu dengannya.

Centella asiatica atau lebih dikenali de­ngan nama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan se­seorang. Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. Ia juga dikenali ­dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair.

khasiat daun pegaga
Daun Pegaga

Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman. Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.

khasiat daun pegaga
Kerabu Pegaga

Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit. Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi. 

Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia ­memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

Jus Pegaga
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang. Lebih me­ngujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah. Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuat­kan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan ­saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun. 

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandu­ngan nutrien mampu me­nyuburkan kembali rambut tidak bermaya.Ia mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, me­nguatkan salur darah dan akar rambut serta me­ngelak masalah rambut yang lain. Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkat­kan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang me­ngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.

Antara khasiat lain pegaga adalah:

  • penawar alahan 
  • merawat asthma dan sesak nafas 
  • merawat jangkitan paru-paru 
  • merawat kegusaran dan kegigilan 
  • anti kanser 
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang 
  • penawar batu karang 
  • penawar kencing berdarah 
  • penawar ulser 
  • merangsang peredaran darah 
  • merawat cirit birit dan gastrik 
  • menurunkan tekanan darah
Previous
Next Post »

7 Coretan

Click here for Coretan
12 August, 2015 ×

Tak makan pegaga

Reply
avatar
Efa Othman
admin
12 August, 2015 ×

hehehe...samala kita nani....

Reply
avatar
13 August, 2015 ×

kak yoorin x makan sayur..hahaha apetah lagi pegagA yang pahit ni.. hehehe.. tapi mak selalu jugak minum.. ubat darah tinggi katanya.. kat rumah ada tanam kat pasu bunga..entah ada lg ke entah x, sebab sekarang sakan tanam orkid je dia

Reply
avatar
kak gojes
admin
13 August, 2015 ×

pegaga memang berkhasiat tapi x pernah lg makan kerabu pegaga

Reply
avatar
Amanda Suria
admin
14 August, 2015 ×

SA suka buat ulam...best giler tau..sapa nak awet muda boleh jer minum jus pegaga..makan pegaga sekali ngan akar2nya...memang baik untuk kulit

Reply
avatar
14 August, 2015 ×

sedap makan pegaga..kt halaman umah ni naik melata je..nk mkn bru petik..cicah budu...ummmppp..

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment