Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan
Resepi Pajeri Terung
Hai... Sebelum itu, Efa nak Ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 buat semua rakyat Malaysia. Hari ni semua cutikan. Okey lah bagi yang hari ini tak pergi ke mana-mana dah ada menu ke untuk makan tengahari ni. Bagi yang masih tercari-cari menu , kat sini Efa kongsikan resepi yang boleh dijadikan menu untuk tengahari ni.

Credit : iresepi.com
Bahan-Bahan
2 biji terung panjang (dibelah dua memanjang)
1 1/2 peket kecil rempah kari daging
1 cawan santan
2 sudu besar kerisik
air asam jawa
cili besar (merah)
Bahan Tumbuk
1 sudu kecil udang kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
~ satukan bahan-bahan tumbuk dengan rempah kari dan sedikit air dijadikan pes ~
Bahan Tumis
1 biji bawang besar ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
kulit kayu manis
bunga cengkih
Cara-cara
Panaskan 1 senduk minyak . masukkan bahan tumis hingga garing kemudian diikuti pes rempah. kecilkan api biarkan sehingga rempah garing dan pecah minyak. Masukkan santan, kerisik, terung dan cili merah. Biar sehingga mendidih dan terung menjadi lembut. masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula secukup rasa. biarkan sebentar sebelum dipadamkan api.
tadaaaa... dah siap...dah boleh makan...selamat mencuba
3 Coretan
Click here for Coretansedapnya pajeri terung...memang favorite skrg...
ReplyANDA MENGANDUNG? : MENGANDUNG DENGAN GEMBIRA
Sedap, tgh masak pajeri terung.
ReplyAssalamualaikum ...mohon izin share resepinyer yer :) jazakillah sis
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon