Anak Suka Mengamuk

Assalamualaikum

Cara Mengatasi Anak Yang Suka Mengamuk


Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat kita malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati dan berguling-guling di lantai tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kehendaknya mesti dipenuhi. Akibatnya, segelintir ibu bapa sengaja memilih untuk ‘beralah’ dengan anak, yang penting dia tidak lagi menjerit. Hakikatnya, jalan mudah ini salah. Jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa kita harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang bersikap begini.

Cara Mengatasi Anak Yang Suka Mengamuk

Cik Lea boleh dikategorikan dalam anak-anak yang suka mengamuk. Dalam entri yang lepas Efa pernah kongsikan Cik Lea mengamuk ketika mengikuti rombongan Taska ke Zoo Negara. Boleh baca di SINI. Memang susah lah nak handle. Bagi Efa kalau Cik Lea mengamuk Efa tak suka marah dia balik. Efa akan usap rambut dia, gosok belakang dia bg dia cool down dulu...

Okey lah , entri ni Efa nak share antara panduan untuk ibu dan ayah yang anak mereka suka mengamuk :

1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam. 

2. Jangan mengikut kehendaknya. 
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang. 

3. Elak daripada memarahi atau menjerit 
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu. 

4. Jangan pedulikan 
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas. 

5. Apabila anak berhenti mengamuk 
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

Jom kita aplikasikan panduan / cara diatas untuk anak-anak kita supaya sikap mengamuk tu akan hilang. In shaa Allah....


sumber : Pa&Ma
Previous
Next Post »

2 Coretan

Click here for Coretan
16 August, 2015 ×

salam singgah dan salam kenal...
terima kasih tips di atas, boleh apply kat anak no2 ,

www.mamahusna.com

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment