Perkara-perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

Perkara-perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat 




Hai semua... Hari ni hari Jumaat kan. Apa yang menggembirakan Efa pd hari Jumaat adalah, yang utama sure lah hari ni merupakan penghulu segala hari. Selain tu, kerana hari ini adalah hari terakhir bekerja setiap minggu. Hari ini merupakan hari yg ditunggu-tunggu kerana esok dan ahad adalah hari cuti, hari merehatkan badan dari bekerja, hari merehatkan otak dari berfikir dan hari  untuk menghilangkan stress...hahaha. Apa yg lagi syok sabtu ahad hari untuk bersama anak-anak dan suami. Okey lah, Efa ni dah lari dari tajuk sebenar pulak...


Jom kita kembali ke main point. Sebenarnya pada hari Jumaat banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan. Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah :


  • Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan. 
  • Sunat memakai pakaian yang berwarna putih. Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.
  • Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya. Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain. 
  • Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya. 
  • Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. 
  • Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya. 
  • Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya. 
  • Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya. 
  • Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."



Semoga apa yang Efa kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua...
Previous
Next Post »

1 Coretan:

Click here for Coretan
Etuza Etuza
admin
06 November, 2015 ×

cantik semua banner hari Jumaat...

Congrats bro Etuza Etuza you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment