Perkembangan Percakapan Anak-anak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

Perkembangan Percakapan Anak-anak

Efa nak share sikit dengan korang mengenai perkembangan percakapan anak-anak kita dari lahir sehingga berumur 3 tahun. Efa terpanggil untuk berkongsi dekat sini kerana Efa ada pengalaman sewaktu membesar kan Cik Lea.. Sebenarnya Cik Lea boleh dikategorikan dalam kanan-kanak lambat bercakap. Efa boleh faham cakap dia ketika usia nya menjangkau 4 tahun. itu pun masih pelat lagi. Tetapi salah satu penyebab Cik Lea lambat bercakap mungkin disebabkan puting dan dirinya sukar untuk dipisahkan. Cik Lea dapat dipisahkan dari putingnya sewaktu kelahiran Adam. Alhamdulillah putus terus putingnya. Tapi percakapan masih kelam lagi sehinggalah berumur 4 tahun... untuk ibu2 di sini Efa share kan sikit  perkembangan-perkembangan anak-anak kita yang sepatutnya dari segi percakapannya...

Bayi baru lahir  ~ Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan 

Tiga hingga enam bulan  ~ Bayi boleh meniru bunyi percakapan 


Empat hingga lapan bulanBayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu) 


perkembangan percakapan anak-anak

Lima hingga sembilan bulan ~ Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa,     lalala) 

Enam hingga 10 bulan ~  Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak) 


Lima hingga 10 bulan ~  Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya 



Enam hingga sembilan bulan ~ Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. 



Tujuh hingga 11 bulan ~ Bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan



Tujuh hingga 12 bulan ~  Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul



Sembilan hingga 14 bulan ~  Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)  



10 hingga 15 bulan ~  Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya 


11 hingga 20 bulan ~  Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik) 


14 hingga 21 bulan ~  Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’).  



14 hingga 18 bulan ~ dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan  



16 hingga 20 bulan  ~  Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)  



18 hingga 22 bulan ~ Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’ 



16 hingga 24 bulan ~ Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan



19 hingga 26 bulan ~ Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan  



24 bulan ~  Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan  



24 hingga 32 bulan ~  Boleh menamakan empat gambar  



26 hingga 32 bulan ~ Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah  



27 hingga 34 bulan ~  Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’  



29 hingga 34 bulan  ~ Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun  



Tiga tahun ~ Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. 



Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan . Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:  


# Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk          menunjuk atau menamakan objek  
# Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan.
# Tanya banyak soalan kepada anak. 
# Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan  
# Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya  
# Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi                          memanjangkan ayat berkenaan  
# Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. 
# Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya  

# Jangan paksa anak bercakap.







Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment