Petua Elakkan Masakan Melekat Pada Kuali

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Salam Sejahtera

Petua Elakkan Masakan Melekat Pada Kuali


Efa nak tanya,pernah tak bila korang menggoreng ikan, ikan tu melekat pada kuali. Pada Efa, keadaan ni sering kali jugak terjadi..hehehe. Okey lah, entri kali ni Efa nak share sikit petua atau cara-cara yang boleh kita lakukan supaya masakan yang kita masak tidak melekat pada kuali.

Petua elakkan masakan melekat pada kuali


Pertama dengan menggunakan garam. Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. In shaa Allah ayam/ikan/daging yang kita goreng tidak akan melekat lagi di kuali. 

Petua yang kedua pula adalah dengan menggunakan asam gelugur Kita juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan kita tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan  menjadi lebih garing dan enak sekali. 

Petua ketiga pula adalah sedikit minyak dan goreng asam jawa. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa. 

Keempat adalah dengan menggunakan bawang putih. Caranya adalah setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, confirm tak melekat. 

Dan yang terakhir adalah dengan menggunakan cuka atau limau nipis. Perapkan dengan sedikit cuka atau limau nipis, in shaa Allah tidak melekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan. 

Okey lah, di atas merupakan antara petua-petua yang dapat Efa kongsikan bagi mengelakkan masakan yang kita goreng melekat pada kuali. Selamat mencuba....



Kredit : Rahsia Hawa
Previous
Next Post »

5 Coretan

Click here for Coretan
14 August, 2015 ×

pernah cuba asam keping je dn mmg menjadi..tq share tips lain

Reply
avatar
Amanda Suria
admin
14 August, 2015 ×

SA selalu letak asam keping jer dalam minyak panas....

Reply
avatar
yanie yusuf
admin
14 August, 2015 ×

yanie pernah try petua masukkan asam keping tu..memamng bkesan gak..

Reply
avatar
anajingga
admin
14 August, 2015 ×

petua yang bagus efa, tapi kak ana selalu goreng dengan non-stick pan je sebab selalu guna kuali biasa mesti melekat dan hancus ikanku haha :)

Reply
avatar
Dunia Zumal
admin
15 August, 2015 ×

Nice sharing efa ^-^

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment