Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Paprik Campur Yang Ringkas Tetapi Menyelerakan

Assalamualaikum

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Paprik Campur Yang Ringkas Tetapi Menyelerakan


Dah tak tahu nak masak apa, so weekend yang lepas tanya Cik Lea nak makan apa. Secara spontan dia jawab ayam masak lemak. Tp mmg dh lama pun Efa tak masak ayam masak lemak utk dia. Salah satu favourite dia juga.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Paprik Campur Yang Ringkas Tetapi Menyelerakan

So, ini lah dia hasil kreativiti tangan Efa .hahaha....ayam masak lomak cili padi dengan paprik campur. Masak lomak tu Efa letak 4 biji je cili padi. Coz takut pedas, nanti Cik Lea tak boleh mkn pulak. Mengamuk dia nanti....

Kat sini Efa letak menu untuk ayam masak lemak dan paprik campur ye...kalau yang nak mencuba resepi ini silakan....

Resepi Ayam Masak Lemak  Cili Padi 

Bahan-bahan Ayam masak lemak cili padi

# setengah ekor ayam
# 3 biji kentang dipotong empat( tp cik      tukarkan dgn tomato sbb dkt rumah        kentang kehabisan stok)
# 2 btg serai diketuk
# sehelai daun kunyit
# 1 keping asam gelugor
# santan (cik iput guna santan kotak)
# garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar

# 4 biji cili padi (kalau yg nak pedas            boleh letak lebih)
# halia
# bawang besar
# bawang putih
# kunyit hidup

Cara membuatnya:
~ masukkan ayam bersama bahan kisar serta serai ke dalam periuk.gaul rata dan masak sehingga ayam kecut. Kemudian masukkan kentang dan masak sehingga empuk.
~ masukkan asam gelugor dan santan. Jika kuah agak pekat atau sikit Tambahkan air. Biar sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
~ akhir sekali masukkan daun kunyit dan perlahan kan api. Kacau selalu dan bila rasa dah ok boleh matikan api.
~ selamat mencuba!

Resepi Paprik Campur


Bahan-bahan Paprik Campur


Resepi Paprik Campur Yang Ringkas Tetapi Menyelerakan

Efa letak ayam dan sotong. Kalau nak letak udang , daging pun boleh. Kalau daging kena rebus dahulu sampai lembut.

Resepi Paprik Campur Yang Ringkas Tetapi Menyelerakan

# carrot, bunga kobis, tomato
# halia dihiris nipis dan bawang putih dicincamg halus
# serai, cili padi dan daun limau purut.

Cara masak:
~ panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kisar serta serai yg telah diketuk.
~ masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sampai ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sampai empuk. Bila dh empuk masukkan sotong dan kacau seketika. Selepas itu barulah masukkan carrot, bunga kobis dan tomato.
~ perasakan dgn garam dan gula  secukup rasa. Boleh tambah hirisan cili padi bg sape2 yg suka pedas....

Bila hari minggu rajin la Efa masak 2 ,3 jenis lauk. Kalau hari kerja, balik kerja tu masak satu jenis je. Tu pun yang simple-simple je. Tapi bila dah waktu malas beli je la... Lagipun bila balik kerja tu kan dah penat, mood nak masak tu terbang entah ke mana....

#masak simple-simple jer asalkan boleh menyelerakan "Chenta Hati Saya"....

Previous
Next Post »

4 Coretan

Click here for Coretan
27 August, 2015 ×

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

Reply
avatar
ziana eunos
admin
27 August, 2015 ×

masak paprik tu yg dah lama xmkn.. kt tempat saya payah nk cari kedai yg ada masak paprik ni ^_^

Reply
avatar
anajingga
admin
27 August, 2015 ×

rajin efa masak :)

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment