Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan
Resepi Sagu Berkuah
Hai...petang-petang macam ni kalau dapat makan sagu berkuah mesti dapat satu kepuasan kan. Ditambah pula sekarang ni musim panaskan, memang sesuai lah tekak ni dijamu dengan sagu berkuah yang sejuk..memang satu kenikmatan.hehehe
Okeylah, sebenarnya Efa nak kongsi dengan semua resepi sagu berkuah. itulah titik uatama yang sebenarnya. Jom kita tengok apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara membuatnya....
![]() |
Credit : Chienta Mulaien |
Bahan-bahan
1 cawan sagu
2 cawan air
Sehelai daun pandan
5 sudu gula
pewarna
Bahan kuah
1 cawan susu cair
setengah cawan susu pekat (masak hingga mendidih)
2 sudu besar gula melaka
setengah cawan air (masak hingga hancur)
Cara-cara
Basuh sagu dan toskan. didihkan air gula dan daun pandan. kemudian masukkan sagu. kacau selalu hingga kembang dan jernih. masukkan pewarna. Toskan dan buang airnya...kemudian masukkan ke dalam peti ais...
Bila kuah dah siap boleh lah hidangkan seperti gambar di atas....mudahkan....selamat mencuba
Notabukulali : sagu berkuah ini sedap dimakan ketika sejuk...memang umphhhh!!!
1 Coretan:
Click here for CoretanIni kalau orang tak suka mmg Sally tak tau la nak cakap ep...benda ni heaven kot! hahahahaha
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon