6 Petua Redakan Anak Demam

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

6 Petua Redakan Anak Demam


Hasil carian imej untuk anak demam


Sekarang kan cuaca tak menentu. So, sekarang ni memang musim demam. Cik Lea dan Encik Adam pun tidak ketinggalan terkena serangan demam ini. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, Cik Lea sampai 2 minggu demamnya. Panasnya turun naik. Ubat berbotol-botol jugak lah habisnya.

Demam ini sebenarnya penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas. Berikut Efa kongsikan petua tradisional yang boleh menurunkan suhu badan yang panas. 

  • Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan. 
  • Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun. 
  • Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam. 
  • Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan. 
  • Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda. 
  • Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.

Kita hanya berusaha tetapi DIA lah yang menetapkan segalanya. Tak salah kalau kita mencuba...

Sumber : pama.karangkraf.com
Previous
Next Post »

2 Coretan

Click here for Coretan
11 September, 2015 ×

Wah bagus ni. kena simpan petua ni. Terima kasih ya atas perkongsian ini.

Reply
avatar
11 September, 2015 ×

Anak saya pun demam ni...huhuuuu

JOM FOLLOW SAYA

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment