Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang
(dalam hati berkata, "Alhamdulillah aku dilahirkan sebagai orang Kampung Gajah"..hehehe)

Credit : anekaresepi.com
Resepi Udang Masak Lemak Tempoyak Petai Yang Lazat
Apakata awak semua cuba menu udang masak lemak tempoyak petai. perghhh...bila makan dengan nasi, memang bertambah-tambah.. lazat sehingga menjilat jari. Tempoyak memang favourite Efa. Tambah pulak kalau sambal tempoyak..memang terbaik lah.. maklumlah orang kampung...hehehe(dalam hati berkata, "Alhamdulillah aku dilahirkan sebagai orang Kampung Gajah"..hehehe)

Credit : anekaresepi.com
Bahan-bahan Resepi Udang Masak Lemak Tempoyak Petai Yang Lazat
Sumber : denuanza.blogspot.com
10 ekor udang
1 1/2 cawan santan
2 papan petai- ambil bijinya
8-10 biji cili api- leh tambah atau kurangkan ikut selera
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar tempoyak
1 btg serai- dititik
1 helai daun kunyit- hiris kasar
1 keping asam keping- optional
Cara-cara Penyediaan Udang Masak Lemak Tempoyak Petai
Tumbuk cili api dan kunyit (kalau guna kunyit hidup) sampai lumat .
masukkan semua bahan (kecuali asam keping) ke dalam periuk
didihkan dengan api kecil.
Sentiasa kacau untuk elakkan santan naik kepala. masukkan garam.
Bila dan mendidih, rasa dulu, kalau dah cukup masamnya, tak perlu letak asam keping dah.
(kuah akan jadi pekat sedikit akibat penggunaan tempoyak)
Ok...dah siap..selamat mencuba..
4 Coretan
Click here for Coretanperghhh...dapat makan tempoyak memang xpandang kiri kanan dah....meleleh tengok
ReplySA x pernah cuba lagi ni...nampak menarik la...
Replysedapnyaaaaaaaaaaaaaa
Replyarrrgghh...!! ini adalah penderaan jiwa dan raga ni..
Reply*lap-lap air liur*
:p
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon