Good Luck Kepada Semua Calon UPSR 2015

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Good Luck Kepada Semua Calon UPSR 2015




Isnin hari ini adalah hari terakhir sebelum anak-anak menghadapi UPSR esok.

Seandainya ada di antara kamu yang mempunyai anak yang akan menduduki UPSR,seringlah menatap wajahnya dengan penuh kasih sayang. Buanglah segala rasa marah dan  kecil hati kamu padanya.

Berkatalah dengan ucapan yang baik-baik. Moga-moga hatinya tenang.
Jangan biasa berjanji dengan ganjaran...biarlah mereka berjaya kerana keinginan dan kesedaran mereka sendiri.
Jika ada anak-anak yang lemah dalam akademik, berilah semangat padanya.
Bisikkan kepadanya bahawa kita sudah berusaha, Allah berhak untuk beri dan untuk tidak memberi.
Jangan beri tekanan pada anak-anak untuk capai keputusan cemerlang.
UPSR bukan penentu kejayaan dan kebahagiaan masa depan.
Berdoalah, bersolat hajatlah dan bacalah yasin sebagai tanda kita benar-benar berhajat.
Berdoalah agar anak-anak berjaya di dunia dan akhirat
Berdoalah agar anak-anak menjadi anak-anak yang soleh.diucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid yg akan menduduki UPSR mulai esok ini.

"Ya Allah yang maha pengasih,
tenangkanlah hati anak-anak kecil ini sewaktu berhadapan dengan kertas-kertas ujian.
Ya Robbul Jalil,
berilah ilham dan petunjuk kepada mereka andainya mereka kelupaan,
Ya zaljalaliwal ikram,
lancarkanlah gerak jari jemari mereka untuk menulis setiap jawapan,
Bantulah mereka ya Allah, bantulah mereka ya Allah.
Aamiinnn ya robbal aalamiinn...!!!

****************************************
Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment