Petua Banyakkan Susu Badan

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Petua Banyakkan Susu Badan




Petua Banyakkan Susu Badan
Credit : Bayigenius.com


Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan di mana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua-dua belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). 

Ada berbagai-bagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah : 

 1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. 

 2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. 

 3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

 4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya. 

 5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu. 

 6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut :

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan. 
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari. 
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor. 
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien. 

 7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau Surah Hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. 

 Zikir dan Doa Untuk Banyakkan Susu Badan


- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam. 
- Baca surah Al-Baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah. 

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". 

 Lain-lain Amalan Untuk Banyakkan Susu Badan

- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
 - Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalampantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. 
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu. 
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara. 
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telefon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup. 
- Sentiasalah berdoa pada Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkanselepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam. 
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akanmenyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti). 
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransangl ebih banyak penghasilan susu. 
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Previous
Next Post »

1 Coretan:

Click here for Coretan
14 September, 2015 ×

great

Congrats bro Nurzakiah Hanum you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment