Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang
Petua Merawat Senggugut
Sumber : Google
Siapa yang sering mengalami senggugut ketika datang bulan? Di sini Efa nak share petua untuk mengatasi masalah ini. Korang boleh cuba mana-mana petua di bawah ini dengan izin dariNya...
1. Serbuk halia
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
2. Teh pahit
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
3. Biji pinang tua
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
4. Halia
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
5. Rumput jarum emas
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Selamat mencuba....
Selamat mencuba....
2 Coretan
Click here for Coretanwah bermanfaat ni...yang halia tu dalam masa sama boleh buang angin dalam badan juga kan..hihihihihi..
Replywahh boleh try nii :)
Replynysa singgah sini and follow :)
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon