Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang
Resepi Ayam Bakar Berempah Yang Simple Dan Sedap
Sebelum ini, Efa kongsikan dengan semua Resepi Ayam Goreng Berempah. Bagi yang belum dapat resepi boleh baca di SINI. Hari ini pulak Efa nak kongsikan pula Resepi Ayam Bakar Berempah. Bezanya bakar dan goreng..hehehehe. Tapi, seriously kedua-dua menu ini sedap dan enak terutama sekali di makan ketika masih panas.memang ummmpphh...
Credit : dapurmamasya
Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Berempah
1 kilo ayam - bahagian peha / kepak
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara Penyediaan Ayam Bakar Berempah
Bersihkan peha / kepak ayam dan toskan. Tumbuk atau blender bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan ke semua bahan yang lain bersama dengan bahan yang ditumbuk / diblend ke dalam bekas yang besar. Gaulkan peha / kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi. Perap ayam tadi seketika atau ikut berapa lama yang disukai. Makin lama perapan makin sedap. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
Okey, sudah siap untuk dimakan...selamat mencuba.....
4 Coretan
Click here for Coretantudia ayam upin ipin
Replysedapp .. boleh cuba buat nt ^_^
Replyassalamualaikum
Replysinggah pagi
Mohon share
ReplyTq
Pasti sedap
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon