Daging Masak Merah Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

Sebenarnya daging masak merah ala thai ni memang favourite keluarga Efa. Selalunya Husband beli je kat kedai sebab yang nak makan pun tak ramaikan. Ini kalau hari kerja la sebab sekali makan je iaitu makan malam. Tapi kalau macam hari minggu ni, Efa cadangkan lebih baik masak sendiri jer kan. Dapatlah keluarga makan air tangan kita selain dari menjimatkan kos, betul tak? Kita kena berjimat cermat dengan keadaan ekonomi sekarang ni.

Credit gambar : momotemuk.blogspot.com


Bahan-bahan Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Sumber : iresepi.com

200 gram daging
pewarna merah
1 senduk minyak masak
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
1/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
3 batang kacang panjang, potong 2 inci
4 biji jagung muda, potong memanjang
sedikit tepung jagung
Karot, potong memanjang


Cara Penyediaan Daging Masak Merah Ala Thai

Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Selamat Mencuba....

Previous
Next Post »

5 Coretan

Click here for Coretan
zura
admin
13 September, 2015 ×

oh senang je rupanya.. boleh try la menu lunch nanti. tq share resepi kak!

Reply
avatar
dilla ariff
admin
15 June, 2016 ×

Hmm..memg sedap..sama mcm yg sy buat slalu

Reply
avatar
Ila Zuber
admin
15 September, 2016 ×

Wahhh.. Senang je rupanya.haha. tq (:

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment