Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang
Resepi Sotong Bakar Bersambal Pengikat Kasih Sayang
Sotong memang favourite Efa. Disebabkan Efa tak makan ikan, so sotong, udang dan ketam antara lauk harian Efa. Tapi kalau dah selalu sangat menu sotong sampai dah tak tahu nak masak apa. Okey , kali ini jom cuba pulak menu sotong bakar bersambal ini. Memang sedap.....
Credit : izzaiynas.blogspot.com
Bahan-bahan Resepi Sotong Bakar Bersambal Pengikat Kasih Sayang
3 ekor Sotong (Saiz besar)
Bahan Sambal
10 tangkai lada kering * dikisar
4 ulas bawang putih * dikisar
Sedikit halia * dikisar
2 batang serai * dikisar
2 sudu sos tiram
Air limau nipis - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Cara Penyediaan Sotong Bakar Bersambal
Tumis bawang putih dan halia . Kemmudian masukkan cili yang telah dikisar . Tambahkan air sedikit jika perlu. Biarkan sehingga pecah minyak dan betul-betul mesra. kemudian masukkan sos tiram, air limau nipis serta perasakan dengan garam. Biarkan sehingga kering. Bila dah masaka sambal tersebut, sejukkan dahulu. Kemudian barulah lumurkan sambal pada sotong. Bakar lebih kurang 5-6 minit dan dibalik-balikkan sehingga sotong masak. Jangan bakar terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat...
Okey dah siap....selamat mencuba...
2 Coretan
Click here for Coretansedapnyaa
Replyok nanti boleh cuba...
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon